Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 11 April 2011

Maka naik berang ler Bung Nuar bila ditanya wartawan....

Ketika Bung Nuar melenting menjawan soalan wartawan, pengapitnya yang lain 'buat derkkk je' dengan muka toya. Mereka bagikan terpaksa berada di situ....

ALKISAH, pada satu sidang media di sebuah hotel di Kuching, Sarawak pada hari Ahad, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Seri Anwar Ibrahim naik berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega yang dihubung kait dengan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sama seperti isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat tidak mampu mengawal emosi pada satu sidang akhbar itu apabila ditanya mengenai jam tangan Omeganya.

Beliau sebaliknya menyalahkan media kerana bertanyakan soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan.

“Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,’’ katanya.

Menjawab soalan wartawan itu lagi, Anwar berkata, beliau tahu soalan itu bertujuan untuk membantu Utusan Malaysia melaporkan yang beliau gagal menjawab mengenai isu tersebut.

Anwar pada masa yang sama mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes video berkenaan.

Kata Anwar, beliau mahu polis untuk menanya dan mengambil sendiri jam tangan itu.

‘‘Anda tanya ada polis minta? Saya beritahu polis tak minta. Biar polis yang menanya. Mengapa saya perlu menjawab mengenai soal ini? Biar polis yang buat,” katanya.

Demikianlah secebis episod drama ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’ lakonan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang sedang ditontonkan kepada rakyat Malaysia masa kini.

Dalam kemeriahan suasana kempen pilihan raya negeri Sarawak, Anwar selaku pemimpin utama puak pembangkang tak senang duduk apabila rakyat memerhatikan dirinya selaku pelaku utama yang dikaitkan dengan video yang pernah tersiar pada Isnin lalu di youtube.

Minyak urat yang dijaja Anwar di Sarawak dalam kempen pilihan raya tidak berapa menarik minat umum, kerana rakyat yang berdepan dengannya asyik memikirkan kisah video yang jadi isu terbarunya itu.

Dalam hubungannya dengan rakan-rakan seperjuangan yang konon taat setianya tidak berbelah bagi pula, riak-riak di permukaan air buyung menggambarkan bahawa telah ada antara mereka yang mula tidak lagi mahu mengambil tahu mengenai diri Anwar Ibrahim.

Kemesraan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik mat dengan Perdana Menteri dalam satu majlis di Pekan, Pahang baru-baru ini mengisyaratkan kepada rakyat umum bahawa Anwar akan keseorangan dalam perjuangannya menggapai angan-angan ke Putrajaya.

Tonggak utama yang bersama Anwar dalam apa jua keadaan sebelum ini telah mula bosan dengan temberang dan sikap pemimpin kelahiran Cherok Tokkun itu yang jelas tidak mahu berterus terang dengan hujah-hujah wajib bagi mempertahankan diri dalam meuar-uarkan dakwaan bahawa semua dakwaan itu adalah satu  konspirasi terancang musuh politik mereka.
Semasa Wan Azizah berhadapan dengan wartawan mengenai jam tangan Omega dalam satu sidang media di KL beberapa hari sebelum ini pun para pengapitnya 'buar derk' dengan muka toya dan kelat macam orang dalam kesedihan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog