Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 13 April 2011

Pemilik jam tangan Omega boleh dijejaki menerusi nombor model

PIHAK berkuasa berkemungkinan besar tidak menghadapi sebarang masalah dalam usaha menjejaki pemilik jam tangan Omega yang ditinggalkan dalam bilik tempat rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang Februari lalu.

Ini kerana, setiap jam jenama Omega sama ada berharga paling murah sehingga paling eksklusif setiap satunya mempunyai nombor model dan nombor siri yang berbeza.

Menurut sumber dari Omega, jika jam jenama tersebut dibeli dari luar negara, maklumat mengenainya boleh didapati dari ibu pejabat Omega di Switzerland, manakala bagi pembelian di dalam negara, boleh mendapatkan maklumat di ibu pejabat di Wisma Goldhill.

"Setiap pembelian jam Omega, akan disertakan dengan kad perakuan jam atau sijil dan isi kandungan pada kad itu tertera tentang maklumat jam.

"Kad itu juga berfungsi sebagai surat jaminan. Jaminan yang diberikan kepada setiap pembeli adalah sekitar dua, tiga atau empat tahun dan lebih daripada itu pembeli tidak perlu lagi membawa kad tersebut, pemilik hanya boleh membawa jam itu sahaja bagi apa-apa proses pembaikan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu identiti pemilik jam tangan Omega yang diserahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada polis bakal diketahui tidak lama lagi.

Menurut beliau, ia akan diketahui dalam tempoh terdekat iaitu selepas pengedar jam berjenama itu menyerahkan laporan pendaftaran pembeliannya.

Ditanya mengenai jam tangan edisi terhad jenama itu, sumber berkata, kebiasaannya Omega akan mengeluarkan jam tangan edisi terhad di seluruh dunia, bagaimanapun jumlah keluarannya adalah berbeza di setiap negara.

Mengenai berapa banyak jumlah yang dikeluarkan bagi setiap edisi terhad, jelas beliau, jumlahnya turut berbeza-beza iaitu ada keluaran untuk 300 utas, ada yang sebanyak 1,950 utas dan paling minimum ialah pernah untuk 10 utas sahaja.
- Utusan

SATU MELAYU:
Jika terbukti bahawa jam tangan Omega yang diserahkan kepada polis oleh Datuk Eskay itu adalah milik Anwar Ibrahim, apakah ini satu pentunjuk nyata daripada Allah SWT sebagai menunaikan doa ‘solat hajat’ puak Pas dan PKR yang memohon kebenaran ditunjukkan dalam isu video seks yang menggemparkan negara itu?

Kalau begitulah keadaannya, maka sesiapa yang mempertikaikan kesohehan bukti itu nanti, maka nayatalah mereka telah mempertikai petunjuk Allah SWT serta tidak mahu menerima apa yang ditunjukkan oleh Yang Maha Esa hasil solat hajat mereka sendiri.
Fikir-fikirkanlah kewajarannya.

1 ulasan:

LinkMalaysia berkata...

Aku pun risau juga tuh--sebab jam omega yang aku beli kat pasar malam hilang..nanti nuar amabil pakai dan tertinggal tempat tu laar..

Takkan harga rm 10 ada sijil dan nombor siri kot..kah kah kah

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog