Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 15 April 2011

Penafian Raja Petra Buktikan Kebenaran - Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak berkata pengakuan Raja Petra Kamaruddin yang menafikan pembabitan Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menunjukkan kebenaran selama ini telah terbukti.

Najib berkata walaupun secara peribadi beliau selama ini menganggap isu itu sudah tutup namun pengakuan pengendali portal berita Malaysia Today itu dapat membuktikan ia ditimbulkan semata-mata untuk menjatuhkan imej beliau dan isterinya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia Lawas dan upacara pecah tanah projek Hospital Baru Lawas di sini, Perdana Menteri berkata kenyataan Raja Petra telah mendedahkan wujudnya cubaan daripada pihak tertentu untuk menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Raja Petra dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini yang disiarkan di Buletin Utama TV3 Khamis malam.

Dalam temu bual itu, Raja Petra mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Menurut Raja Petra, beliau sendiri tidak pernah menuduh Najib mahupun Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu berkenaan.

Katanya individu berkenaan mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu akan meletakkan jawatan.

Raja Petra turut mendedahkan individu yang memberinya maklumat berkenaan terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican, selain seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat sama.

Ketika ditanya sama ada beliau mengenali individu yang disebut Raja Petra, Najib berkata: "Ada yang saya kenal, ada yang tidak."
- Bernama

SATU MELAYU:
Syujur Alhamdulillah!
Tembelang si-durjana semakin hari semakin terdedah.

Kebenaran telah terserlah dan segalanya berlaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Inilah kebenaran yang sangat diharapkan oleh mereka yang selama ini sering mengadakan ‘solat hajat’ apabila berdepan dengan masalah yang menimpa puak tertentu.

Diterima atau tidak, kebenaran itu jadi dengan sendiri atas ketentuan Yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog