KEBENARAN yang sangat diharapkan oleh rakyat Malaysia dalam kes dan isu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berlarutan lebih sepuluh tahun terserlah satu demi satu.
Keseluruhannya, kebenaran yang terdedah dan terserlah adalah berlegar sekitar kisah bohong oleh si pembohong nombor satu negara itu dalam banyak hal. Dia bukan sahaja berbohong kepada isteri dan keluarganya, malah kepada seluruh rakyat negara ini yang cuba dijadikan benteng penyelamat untuknya.
Salah satu cara pembohongan dan penipuan umum oleh Anwar ialah menggunakan penulis yang rela dan sanggup memaparkan tulisan kisah-kisah bohong yang direkacipta oleh Anwar sendiri serta konco-konconya.
Antara penulis blog yang tersohor dengan kerelaan dan keberaniannya menulis cerita bohong untuk kepentingan politik dan salah laku moral si peliwat itu ialah Raja Petra Kamruddin.
Kini, satu lagi petunjuk dari Allah SWT terdedah kepada umum melalui kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang pada malam tadi muncul dalam Buletin Utama TV3 membuat pengakuan dipergunakan untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri.
Pengendali portal propembangkang, Malaysia Today berusia 60 tahun itu ialah antara individu yang terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak awal penubuhannya.
Komitmennya dalam perjuangan pembangkang khususnya Anwar menyaksikan beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu pada 2001 dan 2008.
Namun, sejak November tahun lalu, Raja Petra dilihat menjadi senjata makan tuan buat Anwar apabila mula menyerang Penasihat PKR itu dalam portal kendaliannya berhubung isu pemilihan parti.
Sebulan sebelum itu beliau sudah membayangkan perubahan pendiriannya apabila pada satu majlis di London yang turut dihadiri Anwar, Raja Petra secara terbuka mengancam untuk menghentikan sokongan terhadap pihak pembangkang.
Beliau mengubah pendirian kerana mendakwa pembangkang gagal menunaikan janji walaupun menguasai beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.
Raja Petra sebelum ini menjadi `buruan’ apabila menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada 2008 sebelum itu dibebaskan apabila Mahkamah Tinggi mendapati penahanannya tidak sah.
Kalau baru-baru ini Datuk Eskay yang mendedahkan video seks yang panas diperkatakan sekarang kerana bosan dan jelak kerana diperalat dan dipergunakan oleh Anwar, maka RPK juga dilihat bertindak atas dasar sama.
Apakah semua ini berlaku kerana Allah SWT mengabulkan permohonan keadilan oleh puak pembangkang Melayu/Islam negara ini yang sering mengadakan ‘solat hajat’ untuk membersihkan dosa-dosa kaki temberang itu? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Segalanya berlaku dengan izinNya jua.
Diterima atau tidak, kini RPK telah tidak lagi menyokong Anwar Ibrahim dan PKR. Apakah dia juga berasa bosan dengan keadaan dirinya yang diperalat dan dipergunakan oleh Anwar selama ini, hanya dirinya dan Allah SWT sahaja yang benar-benar tahu.
Setelah sekian ramai kawan rakan dan penyokong setia Anwar serta PKR meninggalkan Anwar, seorang demi seorang kerana tersedar daripada ketidakbenaran dalam diri dan perjuangan politik yang jadi amalan bekas pemimpin ABIM yang hidup bagaikan sesumpah itu, kini tibalah pula giliran RPK mengambil langkah serupa.
Akan ada lagikah penyokong setia Anwar dan partinya – PKR, bertindak meninggalkan perjuangan sia-sia seorang pejuang yang berjuang atas kepentingan peribadinya itu? Entahlah....
Bagaimanapun, telah ada bayang-bayangan bahawa Mursyidul Am Pas – Nik Aziz Nik Mat, juga telah mula renggang dan menjauhkan diri daripada dilihat rakyat menjadi penyokong tegar Anwar Ibrahim.
Kalau si kafir harbi Karpal Singh pernah memarahi Anwar Ibrahim dengan mengeluarkan perkataan: “Anwar harus bertaubat....”, apakah tidak mungkin Tok Guru Nik Aziz juga akan melakukan perkara sama?
Wallahualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan