Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 14 April 2011

DEDAH: Raja Petra Akui Terpedaya Dengan Janji Anwar Untuk Tubuh Kerajaan

PENGENDALI blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.

"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual bahagian kedua itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Raja Petra berkata kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang.

Malah kata Raja Petra kabinet bayangan pun pakatan pembangkang tidak mampu tubuhkan.

"Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet. Anwar kata tidak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet. Tidak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah.

"Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tidak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu," katanya.

Beliau berkata sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan mereka, bagaimana pengundi hendak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan.

"Sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kita perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang," katanya.

Raja Petra berkata: "It is not so easy...kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan."

Justeru Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal sebagai seorang pemimpin, katanya.

Beliau berkata janji-janji kosong yang ditaburkan oleh Anwar, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Anwar.

Malah katanya dalam pakatan pembangkang pun, Anwar tidak dihormati dan ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.

"Jadi di sini nampaknya Anwar gagal menjaga parti-parti komponen...dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tidak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi," katanya.

Raja Petra berkata selain itu, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

"Dalam kerajaan negeri Selangor saja, perselisihan faham antara PAS, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) amat ketara.

"Misalan di Selangor, (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor) Datuk Dr Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar PAS.

PAS kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang PAS tidak terima.

"Jadi di dalam PAS pun, mereka tak bersatu. DAP pulak mengatakan tidak boleh...jadi kecoh," katanya.

"Contohnya, dalam isu penjualan arak di Selangor. Kita ambil satu isu saja, beer misalnya
orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh."

"Yang ini kata rampa
s, yang ini kata serah balik, tidak boleh rampas. What is the policy (apakah dasarnya yang sebenar)?," katanya.

Raja Petra berkata, “Anwar yang sepatutnya jadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor, ada pernah ke Anwar keluar kenyataan dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi Anwar diam."

"Sementara di bawah bergaduh, itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik... a leader knows how to control his soldiers (seorang pemimpin tahu bagaimana untuk mengawal pegawainya)," katanya.

Beliau berkata selepas tiga tahun berkuatkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

“Kini ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned...mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang," katanya.

Menyentuh mengenai kes liwat yang dihadapi Anwar, Raja Petra mendakwa ianya banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Sekarang ini kebanyakan orang keliru sebab timbul isu postpone, pergi mahkamah , postpone. Orang tidak mampu follow.

"Kita kena faham. Bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tidak boleh ikut kes ini. Too confusing, tidak tahu what is going on,
baik selesai saja kes ini once and for all," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kata-kata RPK ni sungguh menusuk kalbu Bung Nuar.
Kalaulah ada wartawan tanya Anwar mengenai apa yang didedahkan RPK ni, agaknya macam mana pulak lerrr melentingnya si Nuar mengalihkan soalan kepada persoalan lain yang tidak ada kaitan dengan soalan.
Tidak mustahil selepas ini RPK akan dituduh Anwar dan juak-juaknya ‘telah dibeli’ oleh Umno/BN.

1 ulasan:

Pejuang Revolusi 1957 berkata...

kami memerlukan bantuaan anda untuk mempromosikan blog baru kami yg setahun jagung.. bantuan anda amatlah kami hargai.. terima kasih..

kempen perut itu buncit...
http://melayuseberang.blogspot.com/2011/04/kempen-pegang-perut-anuwar.html

semoga perjuangan kita diredai nya

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog