Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 18 Mei 2011

Kes Teoh: Permohonan Semakan Peguam Negara Didengar Pada 23 Mei

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Rabu menetapkan 23 Mei untuk mendengar permohonan semakan yang difailkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung keputusan terbuka yang dibuat oleh Mahkamah Koroner pada 5 Jan dalam inkues kematian seorang pembantu politik, Teoh Beng Hock.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili keluarga Teoh, ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan perkara itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

"Semakan ini sangat penting kepada keluarga berkenaan dalam mencari keadilan bagi Teoh dan ia merupakan sebab utama kami tidak menyertai Suruhanjaya Siasatan," jelas beliau. Keluarga Teoh telah menarik diri daripada prosiding Suruhanjaya Siasatan.

Dalam keputusannya, Koroner Azmil Muntapha Abas berkata kematian Teoh pada 2009 bukanlah membunuh diri atau dibunuh.

Teoh, setiausaha politik Anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai, 2009, di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di tingkat 14 bangunan yang sama.

Karpal Singh turut memberitahu Bernama bahawa permohonan semakan oleh keluarga Teoh berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz akan didengar pada 6 Jun di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir.

Azmil Muntapha, yang mendengar permohonan itu semasa inkues, memutuskan bahawa tiada keterangan yang jelas atau kukuh bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh Mohd Nazri kononnya pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunan adalah seorang "pembohong" merupakan percubaan untuk campur tangan dalam inkues berkenaan.
- Bernama


SATU MELAYU:
Banyaknya kes-kes berbangkit ekoran kematian Teoh Beng Hock ini.
Siasatan Suruhanjaya masih belum selesai, timbul pulak kes lain di mahkamah terbuka.
Layan jer.... Dah itu kehendak mereka yang terbabit....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog