Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 18 Mei 2011

Orang Asli Gua Musang Demonstrasi Bantah Ladang Rakyat Kelantan....


LEBIH 500 penduduk Orang Asli dari 40 kampung di Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi di pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang untuk membantah projek ladang rakyat oleh kerajaan PAS Kelantan yang mereka dakwa mengakibatkan penduduk di kawasan berkenaan hilang punca pendapatan.

Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Semalaysia (JAOS), Azmi Badol berhimpun selama sejam sejak pukul 9.30 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan oleh kerajaan Kelantan sebelum ini.

Azmi kemudian menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada wakil Ketua Jajahan Gua Musang, Mohd Hilmi Mat Zain, selepas menunggu lama di perkarangan pejabat berkenaan kerana pintu pagar pejabat itu ditutup dengan kawalan rapi polis.

Ada di antara penunjuk perasaan itu berpakaian tradisional Orang Asli kaum Temiar, iaitu memakai cawat, lilitan daun nipah di kepala, serta memegang sumpit sambil menyanyikan lagu masyarakat mereka.

Bercakap kepada pemberita, Azmi berkata kandungan memorandum itu sama seperti yang diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 14 Feb lepas menuntut supaya kerajaan negeri menghentikan kegiatan pengambilan tanah adat kaum itu.

Beliau berkata tanah terbabit kini semakin musnah dengan kegiatan pembukaan ladang rakyat dan aktiviti pembalakan menyebabkan penduduk Orang Asli berdepan dengan pelbagai masalah terutama hilang pendapatan masa depan.

Dua hari lepas, lebih 1,000 orang berpakaian serba merah mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Baharu bagi membantah pelaksanaan program Ladang Rakyat yang didakwa telah diselewengkan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Ketika memerlukan undi Orang Asli, Pok Nik pernah beri wang zakat.
Mungkin, apabila undi diharapkan tidak kedapatan, inilah cara Pas dan Pok Nik mengajar mereka sebagai pembalas dendam....

1 ulasan:

Sabar berkata...

Sebenarnya masih terdapat banyak Tanah di kelantan yg boleh orang asli dapat menafaat dari semua projek pembagunan.Orang asli di pergunakan oleh pihak tertentu melalui suhakam untuk menekan kerajaan Negeri supaya seolah menampakkan kerajaan Negeri berlaku Zalim kepada orang Asli.Sebelum pilihan raya orang asli di dewakan dan di biayai untuk bersama menentang kerajaan Negeri.Serangan terhadap pembagunan Tanah oleh GLC cpmparny di beberapa lokasi telah di serang dgn alasan sebagai hak Tanah adat dan belbagai bagai lagi.JOH adalah satu jabatan yang bertindak untuk menjaga dan memelihara hak orang asli.segala akta yg berkaitan dan menjamin hak bagi orang asli di ketengahkan dan di perjuangkan.Malah sekarang SUHAKAM adalah pihak yang menerima aduan bagi melindungi orang asli.Namun tindakkan suhakam yang tidak memahami asas sesuatu bantahan dan maklumat yg mereka terima secara tidak tepat seolah menyerang pemilik pemilik atau pemaju GLC Kerajaan Negeri Kelantan.Seolah ada sesuatu yang mencurigakan dan tidak kena pada suhakam dalam memperjuangkan hak orang Asli di Kelantan.ada kah ia berbaur sentimen politik.Ini persoalannya.kita lihat selepas pru 13.adakah orang asli akan terus di perjuangkan.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog