Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 15 Mei 2011

VIDEO SEKS: Rakyat dapat menilai moral sebenar Anwar – Eskay.

AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yakin, rakyat sudah dapat menilai kebenaran mengenai moral sebenar Anwar Ibrahim, selepas pakar pengimejan video Amerika Syarikat mengesahkan rakaman video seks adalah tulen.

Ini kerana, jelas beliau, adalah mustahil Korea Selatan dan Amerika Syarikat turut ‘berkonspirasi’ bagi ‘membunuh’ karier politik ketua pembangkang itu sebagaimana didakwa Anwar, setiap kali salah laku moralnya didedahkan kepada umum.

“Pengesahan oleh pakar Amerika ini membuktikan bahawa pendedahan saya adalah benar selepas keputusan serupa juga dibuat oleh pakar tempatan dan Korea Selatan. Saya yakin rakyat sudah boleh menilai siapa sebenarnya Anwar kerana ini bukti sahih.

“Malah saya juga sudah bersumpah laknat. Ini menunjukkan saya yakin saya di pihak yang benar tetapi Anwar yang menuduh video ini satu konspirasi, sehingga sekarang tidak berani untuk bersumpah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di Kuala Lumpur hari Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengesahan polis buat kali kedua, bahawa rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar adalah tulen dan bukan merupakan teknik superimpose (pertindihan).

Mengulas lanjut, Shazryl Eskay berkata, beliau selaku individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks itu telah memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis bagi memastikan siasatan lengkap sepenuhnya.

Ditanya sama ada wajar atau tidak pelaku yang mukanya mirip dengan Anwar didedahkan, beliau yakin tidak lama lagi polis akan mendedahkan perkara itu kerana skandal tersebut sudah menjadi isu nasional.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
"Ana sudah masuk 'China Doll' punya syurga..."
Setakat yang dapat difahami rakyat masa kini, majoriti siapa yang melihat tayangan video seks berkenaan yajin bahawa pelaku lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar bin Ibrahim – bekas Timbalan Presiden Umno, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bekas Menteri Kewangan Malaysia, bekas pemimpin agung ABIM dan macam-macam bekas lagi.

Nik Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan pun tidak berani mengatakan pelaku lelaki dalam video itu bukannya Anwar Ibrahim.

Sama ada Pok Nik dah melihatnya atau tidak, beliau hanya mampu memberikan ulasan bahawa sesiapa yang terlibat dalam pendedahan video berkenaan tidak akan masuk syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog