Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 16 Mei 2011

KES LIWAT II: Anwar Diarah Bela Diri

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim pada Isnin, diarahkan untuk membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berlaku dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang perlu dijawab oleh Anwar.

Pada penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata mahkamah berpendapat Mohd Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang bercakap benar tentang kejadian liwat tersebut dan kredibilitinya tidak dipersoalkan.

Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini dipenuhi oleh penyokong-penyokong Anwar, yang turut melaungkan sorakan 'reformasi'.

Difahamkan, ada dikalangan mereka yang datang dari Kedah, Perak dan telah mula berhimpun sejak pukul 4 pagi.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Penantian selama dua tahun oleh Saiful Bukhari Azlan yang menagih kebenaran dan keadilan mula menampakkan sinar harapan.

Bagaimanapun, tidalk dapat diramalkan berapa lama pulak kes ini akan tertunda-tunda kerana karenah pihak tertuduh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog