Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 21 Mei 2011

Dakwaan Anwar mahu saman Eskay cuma helah. Sekadar melepaskan bathok ditangga....

DAKWAAN Anwar Ibrahim bahawa beliau telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah hanyalah satu helah.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, dakwaan tersebut sengaja diuar-uarkan oleh Anwar kepada rakyat bagi menutup perasaan takutnya untuk bertindak dengan serta-merta ke atas Shazryl Eskay.

"Sejak bila Anwar pandai merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum menyaman seseorang. Kenapa dalam kes Eskay ini beliau begitu berhati-hati sedangkan tuduhan yang dilemparkan terlalu berat.

"Kenapa rujukan yang sama tidak dibuat semasa beliau menyaman Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Dr. Chandra Muzaffar dahulu," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia hari Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Anwar ketika ditanya oleh orang ramai semasa dijemput sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, kelmarin.

Ketua Pembangkang itu ketika ditanya mengenai cabaran pelbagai pihak supaya beliau mengambil tindakan undang-undang memberitahu, pihaknya telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah bagi tujuan tersebut.

Dalam pada itu, Anuar berkata, Ketua Pembangkang tersebut perlu menyaman Shazryl Eskay dengan segera jika benar beliau tidak terbabit dalam isu video seks seperti yang didedah trio 'Datuk T' baru-baru ini.

"Anwar tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk menutup perasaan takut terhadap Eskay. Tuduhan ini sudah berlarutan sejak bulan lalu, kenapa baru sekarang kononnya rujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah," katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Temberang si jembalang dah tak laku.... Masa bercakap sendirian atas pentas ceramah bolehlah kata macam-macam.... tapi bila bersoal jawab dengan rakyat, kantoi.... lain ditanya lain yang dijawab.... membabas.... ke laut....
Rasanya, jawapan Anwar yang konon mahu menyaman Eskay hanyalah ibarat ‘melepaskan bathok ditangga’. Sekadar jangan tak jawab pertanyaan. Macam cerita 16 September lerrr.... Jawab orang ‘sakit jiwa’.

Beranikan Anwar saman Eskay kalau Eskay dengan tegas dan berani mengatakan bahawa gamabr dia sendiri terdapat pada bahagian-bahagian tertentu video seks berkenaan? Temberang dan kelentong Anwar semua orang dah tahu.

BeraPA LAMA Anwar boleh kelentong dan tipu orang ramai dengan pelbagai cerita rekaan? Sekali dua mungkin orang boleh percaya, tapi kalau dan berkali-kali, orang bodoh pun tahu.

Justeru, siapa yang masih percaya dengan kelentong Anwar si jembalang itu, maka orang itu tersangatlah bodohnya....

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog