Pemberitaan yang menyeru orang Melayu bersatu padu sangat mereka takuti.... |
"ADAKAH usaha mempertahankan hak orang Melayu menjadi satu kesalahan yang lebih besar daripada tindakan mempertikaikan kedaulatan Perlembagaan negara ini?"
Begitulah reaksi Ketua Kluster, Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Datuk Dr. Mustafa Ishak terhadap tuduhan tidak berasas Naib Presiden MCA, Gan Ping Siew yang menyelar Utusan Malaysia kononnya akhbar itu mengamalkan agenda etnosentrik.
Jelasnya, peranan jelas akhbar tersebut sebagai pendukung Perlembagaan Persekutuan kini kerap dimanipulasikan oleh banyak pihak yang berkepentingan terutamanya golongan yang mahu menjatuhkan kedaulatan negara ini.
Tambahnya, selagi pihak seperti Utusan Malaysia membincangkan isu yang berpaksikan usaha mempertahankan Perlembagaan, ia tidak harus dianggap negatif dan sensitif oleh mana-mana pihak.
"Apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dalam usaha mendaulatkan agama dan bangsa wajar diteruskan dalam usaha akhbar ini mempertahankan kedaulatan Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia, Selasa.
Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan kenyataan yang diutarakan Ping Siew yang menggambarkan seolah-olah usaha memperjuangkan hak istimewa orang Melayu itu adalah suatu kesalahan dan bertentangan dengan norma masyarakat di negara ini.
"Pemisahan etnik sememangnya wujud dalam pendidikan, ekonomi dan politik di seluruh dunia. Justeru, media juga tidak terkecuali.
"Dan apakah akhbar keramat seperti Utusan Malaysia perlu berdiam diri sedangkan ada pihak lain sedang berusaha untuk menggugat Perlembagaan negara? Sudah pastinya tidak sesekali," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula berkata, kenyataan Ping Siew itu membuktikan bahawa sifat beliau seiras dengan perjuangan DAP yang telah lama mempersoalkan perkara yang sama.
"MCA harus menari dengan tariannya sendiri, bukan dibayangi nilai-nilai perjuangan DAP yang kononnya menolak perkauman namun sebenarnya merekalah yang kuat dengan sentimen perkauman," katanya.
- UtusanOnline
SATU MELAYU:
Lagi lama 'Jembalang' sekor ni menimbulkan perpecahan dan pergaduhan sesama Melayu, lagi bagus untuk mereka lebih mudah mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara republik.... |
Kini, setelah terdapat ‘seekor’ pemimpin Melayu yang mereka fikir boleh dijadikan kuda tonggangan untuk merampas negara ini dari tangan orang Melayu, keberanian melampau menjadikan mereka tersangat ‘kurang hajar’ dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang bersifat mencabar orang Melayu.
Mereka tidak pernah berterima kasih dengan apa yang mereka dapat, tetapi sering melalak melolong untuk dapatkan semuanya untuk kaum mereka sahaja.
Setelah mereka dibiarkan menguasai ekonomi, kini tiba masa mereka mahukan negara ini sepenuhnya jadi hak milik kaum mereka.
Bagaimanapun, ini bukanlah salah mereka, tetapi salah Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang dan juak-juak mereka yang bersikap ‘biar semuanya terlingkup, asalkan puas hati’. ‘Biar sama-sama melepas, daripada membenarkan Umno terus berkuasa’. ‘Biarkan Malaysia ini jadi Pulau Pinang, daripada membenarkan pemimpin Umno yang berkuasa’. ‘Kalau seluruh negara bernama Malaysia ini jadi sebuah republik seperti Singapura, lebih baik daripada membenarkan Umno kekal berkuasa’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan