Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 20 Mei 2011

KES VIDEO SEKS: Jeng... jeng.... jengggg.... Dua laporan polis dah dibuat.... Tungguuuuuuuuuu!

Mohd. Abdul Raof Mokhtar (tiga dari kanan) dan Raja Ahmad Raja Abd.Wahid (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis di Klang, semalam.
GAGASAN Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis pada Khamis berhubung tindakan Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd. Abdul Raof berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video terbabit, sekali gus membuktikan laporan yang dibuat Anwar pada 22 Mac lalu di IPD Dang Wangi adalah palsu.

''Saya rasa Anwar telah membuat laporan palsu kerana setelah diteliti dan diamati pelaku dalam video itu saya yakin dia adalah beliau (Anwar).

''Saya harap pihak polis menyiasat kes ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang itu yang membuat laporan palsu," katanya di Klang, hari Khamis.

Raja Ahmad pula turut menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video tersebut agar tidak berlaku tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang menerima cakera padat video (VCD) layang mengandungi rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu berkata, apa yang dilihat pelaku dalam VCD itu jelas mirip Anwar.

Beliau turut menggesa polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mendedahkan pelaku itu supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof mengesahkan menerima dua laporan polis tersebut.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Diharapkan dengan adanya laporan polis yang menuduh Anwar menipu dalam kenyataannya kepada polis mengenai keterlibatannya sebagai pelaku dalam video seks berkenaan, mencukupi untuk pihak berkuasa polis menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan.

Siasat jangan tak siasat. Soal sama ada mahu menuduhnya di mahkamah atau tidak terserah kepada pihak Peguam Negara setelah mendapat laporan secukupnya daripada polis. Tak gitu?

Tungggguuuuuu!.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog