PUAK Erdogan dalam Pas sedang mengatur strategi dan perang saraf bagi memastikan Mohd Sabu menang jawatan Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti itu Jun depan.
Berita yang diuar-uarkan kononnya Mat Sabu akan jadi tak releven dalam pemilihan jawatan itu sekiranya Tuan Ibrahim Tuan Man turut menawarkan diri untuk bertanding. Di masa sama kempen itu juga meramalkan Tuan Ibrahim akan menang.
Itulah gula-gula yang ditaburkan kepada penyokong Tuan Ibrahim.
Apa yang perlu difahami bahawa di dalam Pas kini telah wujud kumpulan pro-Anwar (Erdogan) dan pro-pimpinan ulama.
Walaupun Hadi menang tak bertanding sebagai Presiden, tetapi puak Erdogan merancang supaya jawatan Timbalan dan lain-lainnya dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan itu.
Abdul Hadi selaku Presiden tidak akan mampu berbuat apa-apa apabila majoriti kepimpinan pusat Pas dikuasai oleh kumpulan pro-Anwar Ibrahim.
Alasannya mudah, iaitu mereka mahu supaya sokongan Pas kepada Anwar dan PKR akan kekal walaupun Ketua Pembangkang itu didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan liwat yang sedang dibicarakan. Tambahan pula kes video seks yang sangat meruntun sokongan penyokong Pas, amat menggusarkan puak Erdogan.
Puak pro-Anwar dalam Pas sangat takut jika golongan pro-ulama yang diketuai Abdul Hadi akan menerima tawaran bergabung atau bercantum dengan Umno, berdasarkan cadangan berkenaan pernah disuarakan oleh Hadi sendiri.
PKR akan berkubur tanpa nisan jika Pas meninggalkan pakatan dan berbaik-baik dengan Umno.
Logiknya, kalau Tuan Ibrahim turut bertanding, golongan pro-pimpinan ulama akan terpecah dua. Nasaruddin dan Tuan Ibrahim adalah dari golongan itu sementara Mat Sabu bersendirian mewakili golongan pro-Anwar.
Jika berlaku pertandingan tiga penjuru – Nasaruddin, Tuan Ibrahim dan Mat Sabu, undi golongan pro-pimpinan ulama akan pecah dua, sementara undi golongan pro-Anwar jadi solid untuk Mat Sabu.
Kebalikan kepada berulangnya sejarah pemilihan jawatan sama pada pemilihan lalu akan berlaku jika Tuan Ibrahim turut menawarkan diri untuk merebut jawatan nombor dua itu.
Pada pemilihan lalu, jawatan timbalan ditandingi oleh Nasaruddin, Husam dan Mat Sabu. Kerana Husam dan Mat Sabu dari kumpulan Erdogan, undi pauk itu terpecah dua. Sementara undi untuk Nasaruddin yang pro-pimpinan ulama solid.
Keputusannya, Nasaruddin menang dengan jumlah undi 480, manakala Husam dapat 281 undi dan Mat Sabu hanya mampu peroleh 261 undi.
Jika salah seorang daripada puak Erdogan tidak bertanding – satu lawan satu, puak Erdogan akan menang pada pemilihan lalu berdasarkan undi Husam dicampur dengan undi Mat Sabu – 542.
Menyedari hakikat itulah, puak Erdogan dalam Pas kini sedang berkempen secara halus supaya Tuan Ibrahim turut bertanding dengan tujuan supaya undi golongan pro-pimpinan ulama akan pecah dua dan Mat Sabu akan ‘goyang kaki’ menang dengan mudah.
Justeru, golongan pro-pimpinan ulama dalam Pas seharusnya mengambil kira strategi puak Erdogan kini yang berhasrat meletakkan Abdul Hadi bertimbalankan puak Erdogan – Mat Sabu, yang ‘sama waktu’ dengan sikap dan perangai Anwar Ibrahim selain datang daripada negeri yang sama.
Fikir-fikirkanlah sebelum ‘nasi jadi bubur’....
Wallahhualam.
- YopMan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan