Menurut Zahrain, sebagai Pengerusi DAP dan peguam berwibawa yang mewakili Anwar sepatutnya Karpal bertindak mendesak polis supaya mendedahkan hasil siasatan yang dibuat bagi mencari kebenaran serta mengelakkan rakyat terus keliru.
Tambahnya, Karpal juga sepatutnya melakukan sesuatu dan mencari jalan bagi membersihkan nama anak guamnya itu dan bukan bertindak mendiamkan diri.
“Agak menghairankan sebagai seorang peguam berwibawa, beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan dibuat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah bahawa pelaku dalam video seks terbabit adalah Anwar.
“Sepatutnya dia menyaman Shazryl Eskay kerana membuat tuduhan sedemikian terhadap Anwar. Namun yang terjadi sebaliknya, dia hanya berdiam diri,” katanya di Pulau Pinang pada Ahad.
Menurut Zahrain, tindakan yang ditunjukkan Karpal itu amat jelas menunjukkan beliau mengamalkan sikap double standard kerana dulu Karpal pernah cuba menjadi ‘hero’ ketika membangkitkan isu video seks membabitkan Datuk D.P. Vijandran iaitu bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
“Dulu beliau cuba menjadi hero tetapi kenapa apabila kes membabitkan Ketua Pembangkang itu, beliau hanya berdiam diri. Adakah kerana beliau takut rakyat mengetahui perkara sebenar.
“Kita kenal Karpal sebagai seorang yang telus dan bermoral tinggi, malah beliau dikenali sebagai Harimau Jelutong, tetapi kali ini beliau hanya berdiam diri,” katanya.
Tambah Zahrain, kes video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu seharusnya diselesaikan dengan segera bagi menghilangkan kekeliruan di kalangan rakyat yang dapat melihat klip video berkenaan menerusi Internet.
- Utusan Online
SATU MELAYU:
Wajah hero yang semakin laeh dan lesu..... |
Semuanya terkedu dan buntu. Hanya Anwar secara solo yang masih bersuara membela diri melalui ceramah-ceramah yang dianjur untuknya oleh anak buah yang berada dalam keadaan terpaksa.
Dan apabila siri ceramah membela diri oleh Anwar sendiri tidak serius menolak kesohehan video berkenaan, sebaliknya cuba mengalihkan isu dengan menuduh Perdana Menteri dan Umno berterusan mengaibkan dirinya, rakan dan sahabat politik Anwar ‘tergigit getah’.
Isu yang timbul tidak dijawab, tapi PM dan Umno pula yang di’pandikutty’nya.
Harimau Jelutung dah jadi kucing, Tok Guru Nik Aziz dah lari berlindung di syurga impiannya, Lim dua beranah langsung tak berbunyi dan Hadi Awang juga tak bersuara lagi.
Bak kata pepatah, “Rumah terbakar, tikus habis lari”.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan