Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 15 Mei 2011

Anwar dakwa Umno terus aibkan dirinya, tapi tidak ikut cara ‘orang cerdik' selesaikan isu peribadi....

ROAD SHOW Anwar Ibrahim ke seluruh negara bagi membela diri dalam isu video seks yang didakwa oleh bekas teman rapatnya – Datuk Eskay, terus diusahakan walaupun sambutannya tak sehebat dahulu. Terbaru, dia berceramah di Bukit Katil, Melaka pada Sabtu malam.

Kisahnya sama, jalan ceritanya serupa. Tuduhan tidak dijawab, Umno dan Perdana menteri jadi sasaran. Lebih teruk lagi, rakyat diajak bersamanya membenci Umno dan Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Ketika berucap Anwar mendakwa dirinya diaibkan secara berterusan tanpa henti oleh Umno. Dia juga mendakwa tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara bangsa berlaku pengaiban sebegitu, kecuali di negara ini.

Begitulah antara kata membetulkan diri oleh ‘Pandi Kutty Anwar Ibrahim’.

Penulis memanggilnya ‘pandi kutty’ kerana menurut penjelasannya di Bukit Katil, maksud sebenar perkataannya itu ialah ‘bodoh’. Justeru, kita gunakanlah perkataan itu untuk dirinya, kerana jelas kepada rakyat Malaysia yang waras fikirannya bahawa Anwar bin Ibrahim itu memang banyak bodoh dari cerdik.

Mengenai keberterusan pendedahan yang mengaibkan dirinya melalui internet dan blog-blog tertentu, apa bukti semua itu adalah kerja Umno? Yang dedahkan aibnya adalah bekas sahabat karib dan orang kepercayaan dia sendiri, bukannya orang Umno?

Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Eskay bukannya ahli Umno dan tidak pernah menjadi orang kepercayaan Datuk Seri Najib atau pun Tan Sri Muhyiddin. Mereka juga tidak pernah berkhidmat dengan Umno. Berkhidmat dengan Anwar Ibrahim dan PKR adalah!

Dia hairan bagaimana keaibannya terus berkentayangan di internet dan menyalahkan Umno sebagai mengaibkan dirinya tanpa henti.

Macam mana leluasa keaibannya itu mahu terhenti kalau dia sendiri terus menerus menuduh Umno dan Perdana Menteri yang lakukan penganiayaan terhadapnya dan masih tidak mahu mengaku sebagaimana yang dilakukan oleh Chua Soi Lek?

Dalam isu video Chua tak lama dahulu hebahannya lebih dahsyat lagi, di mana CDnya boleh didapati terjual dipasaran gelap. Sedangkan dalam isu video seks Anwar tidak ada satu pun CDnya terjual di mana-mana. Cuma terdapat dalam internet sahaja. Itupun ada yang telah didelet.

Tetapi, bagaimana Chua menyelesaikan isu peribadinya itu? Mudah dan pantas, malah dianggap bertindak secara terhormat. Caranya ialah dengan terus mengaku bahawa dialah yang terdapat dalam video seks yang heboh diperkatakan ketika itu.

Mengaku, letak jawatan, tutup mulut.....
Akhirnya isu itu mati dengan sendirinya setelah Chua meletakkan jawatan dalam partinya – MCA, dan tidak bertanding pada PRU 2008.

Demikianlah orang yang cerdik membersihkan diri dan menyelesaikan masalah peribadi yang mengaibkan diri dan seluruh anggota keluarganya. Tindakan itu dianggap bijak, malah pada pemilihan pimpinan MCA selepas itu, Chua diangkat oleh majoriti ahli MCA sebagai Presiden parti itu hingga kini. Jawatan tertinggi yang tidak pernah disandangnya sebelum itu.

Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin lain di seluruh dunia dalam sejarahnya masing-masing.

Apabila timbul isu mengaibkan, mereka yang terlibat terus mengakuinya dengan mengundurkan diri daripada jawatan yang disandang. Walaupun mereka tidak mengakuinya, tetapi apabila mereka berundur, maka itu dianggap rakyat sebagai ‘pengakuan dalam senyap’.

Ada yang turun dari takhta dan meninggalkan istana. Ada yang turun kerusi Presiden dan meninggalkan negaranya berkelana ke negara lain. Perdana Menteri, ada yang turun dari kerusi Perdana Menterinya lalu menyepikan diri tanpa berita.

Begitulah caranya pemimpin-pemimpin bijak di dunia ini menyelesaikan masalah aib dirinya daripada terus diulang-ulang. Sekali lagi ditegaskan begitulah cara ‘orang cerdik’ menyelesaikan masalah. Tindakan sedemikian itulah yang menyebabkan keaiban mereka tidak berterusan jadi bahan tontonan umum.

Berdasarkan hakikat itu, bagaimana pula dengan tindakan Anwar Ibrahim apabila menerima keaiban peribadi kerana salahlaku sendiri? Bukan sekali, bukan dua kali, berkali-kali.... Lepas satu... satu... Kes liwat sahaja dua kali.

Begitu juga kes sumbang dengan isteri Azmin Ali seperti yang di dedahkan buku ’50 Dalil...’ dan kini disemarakkan semula oleh adik Azmin sendiri – Ummi Hafilda Ali. Hamba Allah ini juga bukan ahli Umno dan tidak pernah berkerja dengan Umno.

Tidak cukup dengan itu, Anwar Ibrahim sekali lagi diaibkan melalui pendedahan video seks oleh rakan dan orang kepercayaannya sendiri – Eskay.

Anwar tidak mahu mengaku kesalahannya, walaupun didapati bersalah oleh mahkamh, sebaliknya mengajak seluruh rakyat menyokongnya menyalahkan konspirasi pemimpin Umno yang sangat takut dengan dirinya.

Perasannnn! Siapa yang takutkan kemampuan politik Anwar? Kalau dia benar-benar hebat dan sangat ditakuti oleh pemimpin Umno, masakan Tun Dr. Mahathir berani bertindak memecat beliau dari kabinet dan Umno 13 tahun lalu?

Kalau manusia bernama Anwar bin Ibrahim itu tidak diangkat dan dijulang oleh Tun Dr. Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, siapa Anwar Ibrahim hari ini? Jangan perasanlah dirinya hebat sangat.

Pejabat PM di Putrajaya....
Anwar Ibrahim sebenarnya tidaklah sehebat mana. Dia sebenarnya ‘gila talak’ nak jadi Perdana Menteri kerana dengan jawatan itu sahaja dia boleh menutup segala salahlaku seks yang dilakukannya selama ini, malah boleh meneruskan hobi dan minatnya dalam bab itu hingga ke akhir hayat.

Selama 16 tahun ditatang oleh Tun Dr. Mahathir dalam Umno, apa satu kehebatannya sebagai pemimpin yang boleh dibanggakan hingga kini? Yang orang Umno terima dan alami ialah berkembangbiaknya politik wang. Setelah Anwar tiada lagi dalam Umno barulah orang Umno sedar bagaimana pembohongan dan temberang yang dibudayakan dalam Umno.

Kalau dari sudut akademik tak payah ceritalah setakat mana kemampuan dan kebolehan Anwar Ibrahim. Semua orang tahu, semua orang sedar siapa dia.

Justeru, apakah yang hebat sangat dengan diri insan bernama Anwar bin Ibrahim ini hinggakan semua pemimpin Umno takut dan kecut dengannya? Piiiirahhhh mabukkkk!

Kalau Anwar ikut jejak Chua Soi Lek, akan berterusankah isu aibnya seperti yang dirungutkannya tu?
- YopMan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog