Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 17 Mei 2011

SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA: Langkah Kerajaan British Menghadapi Pemberontakan PKM

(Bahagian Ke Lima)

Undang-undang Darurat

BERIKUTAN peristiwa pembunuhan 3 peladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948, kerajaan (Kerajaan Britih Tanah Melayu) telah mengisytiharkan drurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948.

Undang-undang Darurat itu telah diisytiharkan pada 23 Julai 1948 dan diperkemaskan pada Julai 1949.

Mengikut Undang-undang Darurat, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan, mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM.

Kerajaan juga diberi kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah Melayu.

Berikutan dengan pengisytiharaan Darurat, PKM diharamkan dan diikuti dengan pengharaman ke atas parti-parti kiri yang merupakan penyokong kuat PKM seperti Malayan Democratic Union, API dan AWAS.

Sekatan kebebasan juga diperkenalkan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk-penduduk di kawasan ini dikawal oleh pasukan keselamatan dan dikenakan perintah berkurung serta catuan makanan.

Akta Pendaftaran mula dilaksanakan yang mewajibkan mereka yang berumur 12 tahun keatas, memiliki kad pengenalan. Tujuannya ialah memudahkan usaha mengesan anggota PKM.

Perlaksanaan Undang-undang Darurat telah memberi tamparan terhadap pejuang PKM.

Pada tahun 1949, 6000 orang telah ditangkap dan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan PKM.

Pada tahun 1950, 70000 orang telah dihantar balik ke negeri China. Pengharaman PKM telah menghalang usaha mereka ke arah mencapai matlamat mengusai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Pengharaman ke atas parti-parti kiri pula menyebabkan PKM kehilangan punca sokongan dan bantuan. Sekatan kebebasan yang dikenakan menyulitkan kegiatan PKM.

Rancangan Briggs

APABILA Harold Briggs menjadi pengarah gerakan menentang PKM sejak 3 April 1950, beliau menjalankan rancangan penempatan semula.

Di bawah rancangan ini, penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir hutan dan dianggap sebagai punca sokongan PKM telah dipindahkan ke kampung-kampung baru. Kampung-kampung baru ini telah dipagar dan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan.

Menjelang tahun 1954, seramai 550,000 orang dipindah ke 550 kampung baru.

Antara mereka, 86% terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan 1% bangsa lain.

84% daripada kampung-kampung baru terletak di Pantai Barat Semenanjung. Penduduk-penduduk kampung baru juga dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan.

Perlaksanaan Rancangan Briggs itu menyulitkan lagi kegiatan PKM. Mereka yang dipaksa menyokong PKM telah diberi perlindungan manakala yang secara sukarela menyokong PKM dapat dihalang berbuat demikian.
Rancangan Briggs telah melumphkan kegiatan “Min Yuan”.

Akibatnya, PKM terputus bekalan makanan, ubat, senjata, pakaian dan sebagainya menyebabkan mereka terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menghadapi pasukan keselamatan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kampung-kampung baru yang gagal mencapai matlamatnya kerana kawalan yang tidak rapi membolehkan anggota PKM memasuki kampung baru dan orang ramai membantu PKM.

Oleh sebab kampung baru diwujudkan untuk kepentingan keselamatan dan bukannya untuk kepentingan ekonomi, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, kemudahan kesihatan, bekalan api dan air dan sebagainya.

Cetusan Sejarah:
Di Perak banyak Kampung-kampung Baru Cina yang diwujudkan British, kini telah menjadi sebahagian daripada Bandaraya Ipoh, bandar-bandar dan pekan yang mendapat peruntukan pembangunan lebih daripada apa yang diterima oleh kampung-kampung tradisi Melayu.... Itu pun masih tidak cukup untuk mereka.... Mereka mahu yang lebih lagi...
Kewujudan kampung Baru untuk kaum Cina itu kekal hingga kini di seluruh pelusuk negara di mana kaum Cina agak ramai seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan lain-lain.

Tanah-tanah lot rumah di kampung ini kekal jadi milik mereka hingga kini walaupun temph pajakannya sekitar 60 tahun.

Di Perak, semasa DAP membayangi pemerintahan kerajaan Negeri yang berMenteri Besarkan Nizar Lambai, ada cubaan untuk menukar pajakan tanah kampung baru itu kepada 999.

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan hingga kini apakah rancangan itu berjaya atau tidak. Senyap sahaja setelah Bn dapat kembali memerintah Negeri Perak.

Secara tidak langsung, rancangan penempatan melalui penubuhan Kampung Baru khas untuk kaum Cina itu membolehkan mereka memiliki tanah lot rumah secara percuma hingga kini, hasil rancangan pemerintahan Britisah gara-gara pengganas komunis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog