Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 18 Mei 2011

KES VIDEO SEKS: Tiada Keperluan Untuk Polis Dedah Pelakunya - Timbalan KPN

TIMBALAN Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Menurut Datuk Khalid Abu Bakar, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada keselahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.


Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis telah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

"Polis telah menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita telah menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Oleh kerana terlalu ramai orang yang mahu tahu benarkah si Nuar yang jadi hero dalam video seks berkenaan, maka terpaksalah tunggu bila Trio Datuk T didakwa di mahkamah oleh Peguam Negara atas tuduhan mengedar video lucah sebagaimana laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu.

Berdasarkan penjelasan TKPN, pihak polis hanya menjalankan tugas mengikut ‘laporan polis’ yang dibuat, tanpa ada laporan polis, siasatan tidak dapat dilakukan.

Oleh itu, siapa yang mahukan Anwar Ibrahim dituduh dalam kes video seks berkenaan, sama ada untuk undang-undang sivil atau syariah, maka satu laporan polis hendaklah dibuat oleh sesiapa yang berhajat.

1 ulasan:

Unknown berkata...

saya sokong polis. polis malaysia professional. syabas.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog