Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 18 Mei 2011

Alhamdulillah... Tun Dr Mahathir stabil, perlu berehat - Mukhriz

TUN Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi kerana batuk kini berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan berehat supaya dapat pulih sepenuhnya.

Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, doktor menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya berehat yang secukupnya walaupun tidak mengalami sebarang masalah jantung yang serius.


"Tidak ada langsung masalah dengan jantung beliau. Cuma batuk, maksudnya paru-paru sikit...biasanya kalau dia batuk dia perlukan rehat secukupnya di IJN," kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri itu ketika ditemui di lobi IJN selepas melawat ayahnya, Rabu.

Katanya, ayah beliau kini perlu menjalani rawatan fisioterapi seperti biasa, mengambil ubat antibiotik dan rehat yang secukupnya supaya sembuh secepat mungkin.

"Susah nak nasihatkan dia... dulu dia dah masuk gear lima, dah lama ini nak masuk gear rendah susah, tetapi apa pun dia sendiri pun tahu kesihatan dia," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, aktiviti luaran Dr Mahathir juga dikurangkan untuk memberinya peluang berehat memandangkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang ini.

"Emak saya kini berada di sisinya untuk menjaga beliau...kita juga tidak mengalakkan lawatan daripada kawan-kawan buat masa ini bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan," katanya.

Dr Mahathir, 85, dimasukkan ke wad biasa pada kira-kira jam 6 pagi tadi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama tengah hari tadi mendapati kawalan rapi dijalankan di sekitar kawasan wad itu di mana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk.
- Bernama

SATU MELAYU:
Hanya doa untuk kesejahteraan Tun yang diharapkan dari segenap lapisan masyarakat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog