Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 27 April 2011

Tiada Festival Kebudayaan Borneo Di Sibu Tahun Ini

FESTIVAL Kebudayaan Borneo (BCF) yang merupakan acara kebudayaan tahunan terbesar di Sibu dan juga wilayah tengah Sarawak, tidak akan diadakan tahun ini.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keputusan pilihan raya negeri baru-baru ini yang menyaksikan tiga kawasan dewan undangan negeri (DUN) di sini iaitu Pelawan, Dudong dan Bukit Assek kini diwakili DAP.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC), Datuk Tiong Thai King berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) di DUN terbabit menunjukkan majoriti penduduk bandar Sibu tidak menghargai inisiatif yang dilakukan pemimpin bandar itu.

"Ini merupakan keputusan yang sukar bagi pasukan BN Vision (yang dianggotai semua wakil rakyat BN Sibu) yang mana BCF adalah inisiatif mereka sejak 10 tahun lepas," katanya, di sini pada Rabu.

Keputusan itu juga katanya, diterima oleh SMC dengan berat hati memandangkan BCF dianjurkan oleh mereka.

"Mesej politik yang diberikan terlalu jelas untuk diketepikan. Selain itu ramai penyokong BN juga mahu SMC melihat semula festival itu dan beberapa projek lain," katanya.

Festival yang mempromosikan Sibu sebagai destinasi pelancongan itu ialah projek berasaskan komuniti, yang mana kebudayaan suku kaum seperti Cina, Iban, Orang Ulu, Melayu dan Melanau dipersembahkan kepada pengunjung.

Program itu biasanya dianjurkan pada minggu ketiga setiap April selepas sambutan kesyukuran 'Kaul' oleh kaum Melanau di Mukah dan Safari Rakit Balleh di Kapit.

Tiong berkata BN Sibu di bawah kepimpinan Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam menyediakan peruntukan kewangan dan input profesional bagi BCF yang menjadi acara dalam kalendar Lembaga Pelancongan Sarawak.

Pada pilihan raya negeri 16 April lepas, daripada lima calon BN yang bertanding untuk kerusi DUN di Sibu, hanya Wong yang mempertahankan Bawang Assan dan Dr Annuar Rapa'ee yang bertanding di kerusi DUN Nangka sahaja mencatatkan menang.

"Kami minta maaf kepada mereka yang tertunggu-tunggu acara BCF tahun ini," kata Tiong.
- Bernama

SATU MELAYU:
Inilah satu langkah permulaan yang baik terhadap mereka yang tidak mengenal erti syukur dan terima kasih kerana rahmat yang diterima selama ini.

Adalah diharapkan banyak lagi ‘cara mengajar’ seperti ini akan dibuat untuk mereka yang tidak faham maksud ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..PENGUDI SIBU DH BUAT "PILIHAN TEPAT..PADAN MUKE..RASEKAN!" KEHKEHKEH

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog