Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 17 April 2011

ANALISIS PRN SARAWAK: Maksudnya, BN boleh memerintah tanpa sokongan kaum Cina....

PILIHAN Raya Negeri Sarawak telah selesai dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Hiruk pikuk dan riuh rendah kempen, terutamanya oleh pihak pembangkang tidak mampu mengubah sikap para pengundi anak negeri Sarawak yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.

Walaupun PRN ke aepuluh ini dianggap paling mencabar, majoriti rakyat Sarawak terrus tetap memberikan mandat kepada Barisan Nasional. Segala kebimbangan kononnya akan berlaku tsunami sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang semasa kempen, tidak menjadi kenyataan.

Walaupun BN memperoleh 55 kerusi berbanding 63 pada 2006 tetapi kemenangan dua pertiga itu amat signifikan.

Hentikan segera sikap ini....
Tahniah diucapkan kepada rakyat Sarawak kerana tidak terjebak dengan sentimen liar, manipulasi dan putar belit pemimpin pembangkang tertentu terutama Anwar Ibrahim.

Kempen untuk mengubah kerajaan negeri sebagaimana kempen puak pembangkang di Semenanjung Tanah Melayu pada PRU 2008 lalu hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina sahaja. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN.

Bagaimanapun, SM lebih setuju jika dikatakan bahawa tindakan tidak menyokong BN oleh kaum Cina di Sarawak, malah di seluruh Malaysia adalah kerana tren sikap masyarakat itu yang seolah-olah tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi.

Mereka mahu lebih lagi. Kalau boleh mereka mahukan negara ini diserahkan kuasa pemerintahannya kepada kaum mereka. Mereka mahukan negara Malaysia ini menjadi Singapura ke dua. Benih bencikan kaum Melayu peribumi negara ini yang ditanam oleh Lee Kuan Yew melalui anak didiknya Lim Kit Siang, mula menampakkan wajahnya.

Hakikatnya, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP.

Sampai masa Melayu mesti insaf....
Justeru, kerajaan BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Dalam kontek Kabinet Sarawak yang bakal ditubuh nanti, semestinya reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan kepada mereka. Ketua Menteri sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.

Dalam pilihan raya kali ini, suka atau tidak, penghargaan atas kemenangan BN harus diberi kepada Taib selaku Pengarah pilihan raya BN Sarawak dan para pemimpin BN negeri itu.

Manakala penghargaan lebih istimewa adalah kepada Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang bekerja keras mendampingi rakyat Sarawak sejak beberapa bulan lalu.

Kehadiran Najib dalam kempen banyak membantu. Rakyat dapat melihat dan merasakan kegigihan beliau yang menyaksikan kunjungan beliau ke merata tempat, mendapat sambutan hebat daripada rakyat. Komitmen yang tinggi turut diperlihatkan oleh seluruh jentera BN sama ada dari pusat mahu pun negeri.

Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti.

Sekali lagi, sikap pengundi kaum Cina yang semakin jelas terus menolak BN seharusnya jadi tumpuan. SM percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama.

Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan.

Kepada BN, janganlah mengharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.

Risikonya besar sekali. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.

Lagipun, jika rakyat kaum bumiputera melihat kerajaan BN masih terus memujuk kaum Cina dengan lambakan pelbagai projek dan memenuhi bermacam tuntutan mereka yang tak habis-habis, besar kemungkinan undi kaum bumiputera akan berpindah menjadi penentang BN.

Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum yang bakal diadakan nanti.

InsyaAllah, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia.

Jangan bertindak bagaikan ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran’. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar.

Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang.

Masih belum terlambat untuk bertindak ke arah mengelak daripada negara Malaysia ini menjadi Singapura ke-2. Yang penting kesedaran kaum Melayu dan komitmen kerajaan tidak lagi melayan kerenah tuntutan kaum Cina yang telah lama dilihat rakyat kaum Melayu sebagai keterlaluan.


Hidup Melayu!

3 ulasan:

TESLAMARIN berkata...

masih ada melayu bodoh yang berkempen untuk dapigs
melayu dari semenanjung plak tu.pe kajadahnya, keluarlah pas dan pkr dari pakatan haramjadah tu, masuk umno dan perbetulkan apa yang tak betul dari dalam adalah lebih baik, fikirkanlah masa depan cucu cicit kaum melayu, jangan sampai merempat di negara sendiri.

cermin2mirror berkata...

MELAYU sudah banyak yang sedar.terutamanya melayu Baru (anak2 muda).DSAI tidak ada nilai..BErjuang untuk diri sendiri..

BajingAlas berkata...

Jangan berlembut lagi
Jangan beri muka lagi
Jangan dipujuk lagi
Jangan diumpan janji lagi
Jangan didengar suaranya lagi.

Pimpinan kita tidak pernah jemu meyakinkan mereka sehingga memberikan pelbagai imbuhan mengalahkan kaum peribumi sendiri semata2 mahukan sokongan dan undi mereka namun kita secara berterusan ditipu dan ditikam dari belakang.

Biar apa kata mereka nanti bila kita sedikit meminggirkan kaum ini kerana segala tindak tanduk mereka telahpun dinota sejarahkan selama ini dan biarkan mereka menyemak dan mentelaah sejarah tersebut.

Mulakanlah dari sekarang! Kaum peribumi dan yang sewaktu dengannya harus diberi tumpuan sepenuhnya selepas ini.

Kepada pimpinan kita,bukalah mata luas2.Berapa ratus juta yang telah anda taburkan untuk mereka ibarat mencurah garam di laut.

INGATLAH!!! Tanpa mereka BN tetap dan mungkin akan bertambah kuat.Kuasa politik masih ditangan kita umat Melayu dan Peribumi.

Fikir2kanlah...

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog