Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 23 April 2011

Nasi Lemak Bukan Punca Utama Obesiti



NASI lemak bukan punca utama masalah obesiti di kalangan murid sekolah kerana ia boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian berkalori tinggi yang tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong.

"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama, sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari. Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori, jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan 'Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat-Mulakan Awal' di Kuala Lumpur, Sabtu.

Beliau berkata ibu bapa perlu menanamkan tabiat makanan secara sihat dalam diri anak masing-masing kerana usaha itu akan menjadi lebih sukar apabila mereka meningkat remaja.

"Kami percaya bahawa mesej tentang makanan secara sihat perlu disampaikan kepada kanak-kanak sejak usia muda seawal tiga tahun lagi," katanya yang menggesa ibu bapa meningkatkan pengetahuan tentang pemakanan.

Dr. Tee E Siong
Dr Tee berkata kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah merupakan golongan paling berisiko terhadap kesan malnutrisi kerana mereka sedang membesar secara fizikal, selain mengalami perkembangan mental, emosi dan sosial pada peringkat ini.

"Berlebihan dan kekurangan pemakanan bukan sahaja boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan kesihatan anak-anak, malah berlebihan berat badan akan membawa kesan kesihatan yang tidak diingini di masa hadapan.

"Ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak berisiko tinggi terhadap penyakit berjangkit seperti darah tinggi dan diabetes pada usia muda," katanya.

Karnival dua hari NMM 2011 di Pusat Pameran MidValley, yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Dr Anjli Doshi-Gandhi, bertujuan meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak menerusi pedidikan makanan.

Turut dilancarkan ialah dua penerbitan utama NMM iaitu buku 'Resepi Hidangan Berkhasiat-Resipi Mudah Untuk Si Manja yang Sedang Membesar' untuk ibu bapa dan buku 'Ceria dengan Gaya Hidup Sihat' untuk kanak-kanak.
- Bernama


SATU MELAYU:
Masalah obesiti kanak-kanak masa kini bergantung sepenuhnya kepada amalan pemakanan di rumah. Bukan di sekolah.

Kalau di rumah pun kanak-kanak didedahkan dengan makanan segera atau makanan yang dibeli dari luar kerana ibu malas atau tidak ada masa untuk menyediakan makanan keluarga, selagi itulah masalah obesiti tidak akan berjaya di atasi.

SM tak mahu membebel panjang mengenai sikap menyediakan makanan keluarga masa kini oleh para isteri atau suri rumah, nanti Datuk Shahrizat marah pulak.

3 ulasan:

Abang berkata...

Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang-orang melayu sejak dari dulu-kala lagi. Kenapa sekarang baru di ungkitkan masalah obesiti pada nasi lemak? Nampaknya apa jua yang dipraktikkan pada melayu akan menjadi persoalan?? Kerajaan pula demi undi kaum-kaum bukan melayu, ikut saja telunjuk mereka. Saya seakan-akan hilang harapan pada dasar BN sekarang!!!! Lebih kurang je macam zaman Pak Lah.

HeLiNa berkata...

Jika ibu beli lauk dr luar tak salah, cuma tgk pada tinggi ke tidak kandungan kalorinya. jgn salah pilih makanan yg tidak sihat.

Piranhamas berkata...

Infonya sangat bermanfaat , terimakasih ya, Semoga anda di berikan kelancaran dalam berusaha, dan di beri kesehatan, kemudahan, dan tak lupa kesuksesan , dan juga makin jaya ya :)
Dari :
Pembicara Internet Marketing
menjadikan jualan anda lebih terkenal dan banyak dikenal oleh masyarakat luas, menjadikan No 1 di semua halaman google, dengan menggunakan fasilitas GRATIS di INTERNET.
anda berminat??
INGIN tau RAHASIA Jualan Laris, Banjir ORDER Tiap HARI, KLIK http://bit.ly/K28mAh #PIRANHAMAS
hub Bpk. Agus Setiyawan
081 333 841183 (Simpati)
0817 537894 (XL)

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog