Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 21 April 2011

'Saya sedia ditentang' - Abdul HadiAwang

"JIKA ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (jawatan presiden), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya. Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis."

Demikian kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media mengulas mengenai tindakan Pas Kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa supaya mencabar Presiden Pas itu pada Muktamar Pas ke-57 pada Jun depan.

Selain itu katanya, Pas juga mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain selain memantapkan kepimpinan parti.

Pastikan Pas diterajui anak Kelantan....
"Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib," katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pemimpin, ahli dan penyokong perlu sambung baik jika ada pencalonan daripada pemimpin Pas untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengingatkan pemimpin, ahli dan penyokong Pas agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti.

Ini kerana katanya, ia memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional.

"Gendang tersebut dibunyikan bagi tujuan memecahbelahkan perpaduan antara pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang seharusnya disambut dengan bijak.

"Dalam Pas tidak timbul perbezaan antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air," katanya.

SATU MELAYU:
Banyaklah Pas punya ‘ad-deen’ yang disrlahkan kepada rakyat. Ad-deen tu bukankah bermaksud ‘cara hidup mengikut ajaran Islam’?

Ajaran Islam apanya yang Pas ikut kalau sanggup bersekongkol dengan puak yang jelas perjuangannya anti-Islam dan kafir harbi lagi. Begitu juga dengan tindakan pemimpin agung Pas yang begitu beriya-iya mempertahankan ‘ketua kumpulan’ yang rosak moralnya di khalayak umum?

Maki hamunnya akan tambah memantapkan Pas....
Jangan nak temberang lerrr....
Perpecahan dan wujud puak-puak dalam Pas tetap berlaku. Cuma kerana menjaga muka dan takut malu, dok kemutlah segala permasalahan dalaman itu hingga membengkak bagaikan barah yang membusung. Tunggu masa jerrr nak meletup.

Diakui atau tidak, dalam Pas kini wujud puak Nik Aziz dan Hadi Awang. Lebih tepat lagi kalau dikatakan puak Kelantan dan puak Terengganu.

Kalau Hadi dah kata dia dah berumur dan dah lama memimpin, bagaimana pula dengan Nik Aziz Nik Mat? Tak terasa kerrr bila Hadi sindir macam tu?

Elok lerrr tokoh-tokoh tua dalam Pas berundur dan biarkan golongan baru yang lebih ideal seperti Mat Sabu jadi penggerak Pas yang berjuang atas lunas Islam yang syumul.

1 ulasan:

Alhamdulillah berkata...

sokong tok2 guru yang dah lapuk ni berundur dah 20 tahun perintah liPAS tapi tak pernah menang...hahhahaha

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog