Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 22 April 2011

‘Ali Baba’ DAP Selangor: Hasan Ali dan PAS digesa jelaskan pendirian.... Khalid Ibrahim juga tak boleh lari dari dipersalahkan....

RAKYAT negara ini tidak hairan dengan istilah ‘ali baba’, apabila para kontraktor bumiputra menggadaikan syarikat miliknya kepada kaum lain tanpa membuat kerja tapi sekadar makan komisyen dan duduk bersenang-senang dengan keuntungan yang sedikit.

Istilah ‘ali baba’ sudah menjadi perkara biasa dan ianya telah berlarutan sejak negara mencapai kemerdekaan. Malah itulah punca utama yang menyebabkan peniaga dan pengusaha kaum Cina jadi kaya raya, sementara kaum Melayu yang hanya berniaga lesen tetap tidak meningkat ekonominya.

Melayu rela hanya dapat kuah, sementara yang makan isinya ialah kaum lain yang rajin dan pandai memujuk Melayu dengan wang ringgit yang sedikit untuk dapat untung yang jauh lebih besar.

Masa berlalu dan zaman berubah. Setelah puak pembangkang berjaya menguasai pemerintahan negeri Selangor melalui PRU 2008, istilah ali baba telah berubah corak. Si Ali bukan sahaja menyerahkan syarikatnya kepada kaum lain untuk diusahakan, tetapi kepada sebuah parti politik – DAP.

Melalui kroninya, DAP telah secara terang-terangan menggunakan syarikat kontraktor kelas F bumiputra untuk mengaut projek-projek peruntukan ADUN mereka.

Segalanya diatur oleh pemimpin parti berkenaan. Bermula dari pemberian projek hinggalah kepada membantu menyediakan bantuan modal awal yang akhirnya segala keuntungan besar masuk ke kantong DAP.

Apa yang terdedah melalui saksi di prosiding Suruhanjaya DiRaja Yang Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock itu menimbulkan persoalan bagaimana kepimpinan negeri Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim – PKR, boleh tidak sedar atau tidak nampak penyelewengan parti sekutunya menyapu dana kerajaan negeri?

Benarkah Khalid tidak tahu menahu atau ada .....?

Kini, segalanya telah terburai di mahkamah. Bukan di tepi jalan, di warung kopi atau di majlis ceramah politik Umno.

Diakui atau tidak kes ini serius dari segi bagaimana wang rakyat Selangor diselewengkan melalui projek ADUN yang ada kemungkinan projek-perojek yang dituntut bayarannya oleh DAP melalui syarikat bumiputera itu langsung tidak dilaksanakan atau kosnya ditokok tambah sesuka hati bagaikan menimba ikan di lubuk yang kering.

Justeru, Pas selaku salah satu sekutu kuat pakatan yang memerintah Selangor juga tidak harus diketepikan daripada diminta pendirinnya dalam masalah ini.

Sebagaimana diberitakan Utusan Malaysia, Pas didesak supaya menyatakan pendirian berhubung dakwaan amalan ‘ali baba’ yang dilakukan oleh sekutu mereka, DAP untuk mendapatkan kontrak di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu sekiranya benar adalah tidak bertanggungjawab selain menunjukkan Pas seolah-olah menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP dalam pentadbiran negeri ini.

Ini kerana, katanya, Pas ketika mula mentadbir Selangor bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan akan membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di negeri ini.

“Namun, apa yang berlaku sekarang, DAP telah mempergunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera dengan tujuan mendapatkan kontrak projek kecil di kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

“Paling dikesali hasil keuntungan projek tidak diperoleh, syarikat kontraktor bumiputera, sebaliknya dikaut oleh seorang kontraktor bukan bumiputera yang kemudiannya disalurkan untuk kepentingan DAP.
“Jadi, apakah pendirian sebenar kepimpinan Pas dalam hal ini? Bagaimana dengan agenda untuk membantu bumiputera? Jika dakwaan ini benar, kita andaikan Pas gagal membantu orang Melayu dan hanya menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada DAP,” tambahnya.

Hasan Ali selaku Pesuruhjaya Pas negeri Selangor harus dipertanggungjawabkan menjelaskan pendirian. Apakah Hasan dan Pas juga tidak sedar kerana diperdaya DAP atau ada sikit-sikit masyokkkkk.... dari DAP?

Rakyat Selangor seharusnya bangun meminta Hasan Ali menyatakan pendiriannya secara peribadi dan juga bagi pihak partinya, Pas.

Kaum Melayu/Islam Selangor yang terpedaya dengan kempen Pas ketika PRU ke-12 lalu seharusnya diberikan penjelasan. Apakah ini jenis ‘perubahan’ yang dilaung-laungkan Pas dahulu hinggakan pakatan berjaya merampas negeri Selangor dari tangan BN?

Apapun yang mahu diperkatakan, Khalid Ibrahim PKR dan Hasan Ali Pas bertanggungjawab menjelaskan duduk perkara sebenar mengenai penyelewengan DAP mengaut dana milik rakyat di negeri Selangor.

Yang ini bila pula akan diburaikan?
Itu baru kes projek ADUN. Bagaimana pula dengan kisah ‘curi pasir’ yang begitu berleluasa di negeri Selangor?
Apakah tidak mustahil ianya juga didalango oleh DAP dengan cara sama seperti ia menggunakan syarikat kontraktor bumiputera kelas F?

Begitu juga kaitannya dengan pengeksportan secara haram pasir-pasir yang dicuri itu ke negara jiran, Singapura?

Tunggggguuuuuu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog