Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 18 April 2011

Presiden SUPP Akan Letak Jawatan. Biarkan DAP yang membela nasib kaum Cina Sarawak....

PRESIDEN Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam akan bersara daripada bidang politik dan melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri.

Dr Chan berkata, beliau membuat keputusan tersebut ekoran tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau di sini dengan majoriti 1,590 undi dalam pilihan raya negeri, Sabtu lalu.

Ling memperoleh 5,998 undi manakala Dr Chan yang juga penyandang meraih 4,408 undi. Keputusan ini adalah kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri ke-10.

"Saya akan bersara daripada politik, Saya akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin SUPP pada Selasa ini. Selepas berbincang dengan mereka tentang peralihan kuasa pimpinan, saya akan membuat pengumuman.

"Sudah sampai masanya saya bersara daripada politik. Saya berharap SUPP akan diambil alih oleh mereka yang berkebolehan dan parti akan terus berkhidmat kepada rakyat Sarawak," katanya kepada The Star, Ahad.

Ditanya sama ada beliau kesal dengan peralihan undi pada DAP selepas rakyat tempatan menyokongnya untuk tempoh 30 tahun, Dr Chan berkata: "Saya tidak menyalahkan sesiapa dan tiada rasa marah dan kecewa dalam hati saya."

Katanya, beliau telah melakukan yang terbaik untuk parti dan rakyat Miri serta Sarawak. Tambahnya, kekalahan calon-calon parti serta beliau sendiri adalah di luar kawalannya.

"Usah bimbang, saya dapat menerimanya," katanya secara berseloroh.

Mengenai rancangan masa depan, Dr Chan memberitahu, beliau akan kekal berada di Miri dan berhasrat membangunkan bandar itu atas kapasiti yang berlainan.

"Saya suka Miri. Keputusan pilihan raya ini tidak mengurangkan rasa cinta terhadap Miri dan rakyatnya," katanya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Sebagai seorang yang politiknya berpendirian, eloklah Dr. Chan mengambil langkah meletakkan jawatan sebagai Presiden SUPP. Apa maknanya menjadi pemimpin utama kalau kepimpinannya tidak dapat diterima oleh rakyat yang dulunya menyokong beliau selama tiga puluh tahun.

Sekarang ini kaum Cina Sarawak menyerahkan politik dan nasib masa depan mereka kepada DAP. Biarkanlah DAP yang memperjuangkan nasib kaum Cina di bandar-bandar dalam negeri Sarawak. Mereka lebih berwibawa dan mungkin lebih boleh diharapkan.

Begitulah suburnya demokrasi di negara bernama Malaysia ini. Pilihan majoriti rakyat tidak pernah dipertikai atau dibantah.

Yang disangsi dan dipertikaikan ialah bila kaum Cina meminta pelbagai kemudahan daripada kerajaan BN, tapi walaupun permintaan mereka ditunaikan, sokongan mereka tetap kepada pembangkang DAP.

Justeru, wajarkah pemimpin kerajaan BN melayan permintaan kaum Cina berkenaan? Tidak cukup dengan kekayaan negara yang mereka perolehi secara halal atau haram, mereka kini mahukan negara ini pula berada dalam genggaman mereka sebagaimana di Singapura.

Sanggupkan pribumi negara ini melihat tanah tumpah darahnya dirampas seperti apa yang terjadi pada Singapura?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog