Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 23 April 2011

Pastikan Kumpulan Kerajaan Perpaduan Terlingkup: Anwar pencatur kepimpinan Pas?

KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dilihat sebagai pencatur sebenar kepimpinan Pas menjelangnya muktamar agung parti itu Jun depan dalam usaha meneruskan kesinambungan legasi politik beliau.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata ‘trend’ ke arah itu mula kelihatan hari ini apabila wujudnya desas-desus yang mula berlegar mengatakan puak-puak ‘Anwariyyun’ akan memastikan pemimpin yang cenderung ke arah kerajaan perpaduan sebelum ini akan kecundang pada muktamar berkenaan.

Menurut beliau jika perkara itu tidak dikekang tidak mustahil, mereka yang menjadi penyembah setia kepada Anwar akan berada di puncak kepimpinan Pas sekaligus memudahkan Anwar untuk mengawal parti berkenaan.

Ruslan Kassim
“Apa yang saya nampak begitulah….Anwar mahu mencaturkan pemilihan Pas kali ini untuk kepentingan politik beliau semata-mata kerana Ketua Pembangkang terbabit sedar  bahawa Pas mendapat sokongan sebahagian orang Melayu.

“Yang untung adalah Anwar kerana untuk kaum Cina, beliau menggunakan DAP bagi  memastikan legasi politiknya terus hidup biarpun berdepan dengan pelbagai skandal dan status kewibawaan yang semakin terhakis,” katanya kepada UMNO-Online di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemilihan agung Pas Jun depan yang kini mula bertiup kencang apabila terdapatnya desas-desus yang menyebut golongan ‘Anwariyyun’ bakal menghapuskan pemimpin yang cenderung kepada kerajaan perpaduan sebelum ini.

Antara pemimpin yang disebut-disebut bakal menerima tempias berkenaan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain Timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Nasaruddin Mat Isa
Mengulas lebih lanjut, Ruslan Kassim seterusnya menambah, kebenaran desas-desus yang bertiup kencang hari ini akan makin terserlah dalam masa terdekat kerana masing-masing ada kepentingan.

“Tunggulah dalam masa terdekat... Pemilihan Pas pun makin hampir dan mungkin ada sesuatu yang akan kita nampak pada waktu itu. Saya malas nak ulas lanjut-lanjut tetapi jika Hadi sebagai Presiden membiarkan keadaan itu, Pas akan hilang maruah.

“Hilangnya maruah Pas adalah kerana membiarkan mereka yang ada kepentingan sendiri memainkan peranan secara tersembunyi di dalam menentukan pemilihan kepimpinan Pas. Namun saya yakin, ahli Pas cukup bijak untuk membuat penilaian mana yang baik dan mana yang buruk. Terserahlah kepada mereka,” katanya.
-MediaUMNO

SATU MELAYU:
Tidak syak lagi pemilihan pucuk pimpinan Pas kali ini menarik perhatian umum. Kalau sebelum ini pemilihan dalam Pas berjalan dalam keadaan tenteram dan damai, ada kemungkinan kali ini pergolakan akan ketara gara-gara segelintir pemimpin berkepentingan dalam parti itu menurut telunjuk Anwar Ibrahim yang mahu menyapu keluar golongan yang mirip kepada idea ‘kerajaan perpaduan’.

Mampukah Hadi bertahan?
Jika Melayu Pas bersepakat dengan Melayu Umno dalam apa jua keadaan, cita-cita politik Anwar Ibrahim akan ‘mampos’. Tersungkur dan terkubur tanpa nisan.

Inilah akibatnya apabila Pas merelakan dirinya bersekongkol dengan ‘syaitan gondol’ yang mahukan parti pembangkang  yang mewakili kaum Melayu itu kekal berada di bawah ketiak Anwar. Perjuangan Islam entah ke mana, tapi yang penting Pas jadi satu lagi ‘kuda tonggangan’ untuk Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya menawan Putrajaya.

Sesungguhnya, pemilihan kepimpinan Pas kali ini menguji kematangan politik ahlinya.

Sama-sama kita nantikan karah mana ahli-ahli Pas mahu parti mereka dikemudikan setelah berskongkol dengan PKR dan DAP melalui arah tunjuk Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog