Masih ingatkan anda semua dengan gambar ini? Inilah lakonan lama Anwar Ibrahim ketika berdepan dengan kes liwat pertama lebih sepuluh tahun lalu. |
DATUK Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional ada program untuk buat lawatan ke seluruh negara, Anwar Ibrahim pun nak buat juga. Dia pun ada program nak turun lawat penyokong dan pemimpin pembangkang di setiap negeri.
Maklumlah, Anwar Ibrahim perasan dia pun pemimpi utama negara juga dan dia masih gian dengan arakan dan sambutan rakyat dalam keadaan yang sangat meriah, ceria dan berwarna warni.
Program pertama yang disusunatur untuk Anwar ialah melawat selama dua hari ke negeri tumpah darahnya, Pulau Pinang bermula hari ini – Jumaat.
Bagaimanapun program itu terpaksa dibatalkan seperti diberitakan Malaysiakini kerana Anwar terpaksa
mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur sebab sakit tulang belakangnya berulang.
mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur sebab sakit tulang belakangnya berulang.
Jadual ketat ketika kempen di Sarawak atau .......? |
Sumber Malaysiakini itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh mana keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.
Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.
Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.
Tu diaaa! Sebaik saja balik dari menghilangkan diri sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak tamat Sabtu lalu, Anwar pun kembali dalam keadaan sakit. Dan sakitnya pula, sakit biasanya – sakit belakang. Sakit yang membawa perkenalan rapat antara Anwar dengan Datuk Eskay.
Mungkin kerana Datuk Eskay sudah tidak lagi bersamanya kerana tak tahan dijadikan alat, maka sakit belakang beliau kembali menyerang kerana tidak ada pakar yang mampu memulihkannya.
Bolehkah rakyat Malaysia percaya lagi dengan songeh dan temberang Anwar Ibrahim yang berlakon sakit seperti yang pernah dilakukan, khususnya ketika berhadapan dengan kes liwat pertamanya dahulu?
Kalaulah Anwar benar-benar sakit pun, tidak ramai lagi rakyat yang percaya. Tambahan pula penyakitnya itu semacam tahu pulak menyerang ketika kes liwat II berada dikemuncaknya, kes video seks di mana dia dikatakan sebagai pelaku lelakinya dan isu yang berkaitan dengannya iaitu isu jam tangan Omega, sedang mengelegak. Panasssss!
Sudah tentu kalangan rakyat yang tidak mempercayainya akan membuat pelbagai andaian sendiri yang rata-rata beranggapan bahawa Anwar Ibrahim berbohong. Temberang dan ini satu lagi strategi terakhir Anwar mengelak daripada kesnya diteruskan di mahkamah.
Tidak mustahil ramai juga yang percaya bahawa Anwar takut untuk bertemu rakyat. Terutama rakan sepermainan di Cheruk Tokun dan Bukit Mertajam yang apabila berjumpa nanti sudah tentu dengan lantang dan berani mereka bertanya mengenai pelaku dalam video seks dan juga tentang jam tangan Omega.
Kesemua soalan itu nanti tentulah tidak dapat dijawab oleh Anwar dan dia tentulah berada dalam keadaan serba salah nak jawab. Takut kalau terpacul dari mulutnya kata-kata kesat dengan muka merah tanda marah sebagaimana yang berlaku semasa kempen pilihan raya di Sarawak baru-baru ini.
Justeru, alasan mudah yang ada pada Anwar buat masa ini ialah sakit. Dan sakitnya pula adalah sakit belakang. Penyakit yang telah dipopularkannya sejak belasan tahun lalu. Sakit kerana terjatuh dari kuda. Apabila dia sakit dan ada surat doktor yang mengesahkan penyakitnya, maka segala proses di mahkamah tidak dapat dilaksanakan.
Kes liwat II tidak dapat diteruskan dan kes baru yang membabitkan Trio Datuk T serta isu jam tangan Omega juga tidak dapat dihadirinya.
Tunggulah nanti bagaimana rupa muka toya Anwar Ibrahim menahan sakitnya itu untuk ditunjukkan kepada para jurugambar, jurukamera TV dan wartawan media tak lama lagi. Kalau dulu dia dipapah Azmin Ali, kali ini mungkin Wan Azizah dan Nurul Izzah yang memapahnya atau dia terlantar di katil hospital dalam keadaan yang sangat teruk.
Cerita Anwar Ibrahim sekarang ini samalah seperti kisah seorang budak gembala kambing yang beberapa kali menipu orang kampung kononnya kambing-kambing dia diserang serigala.
Akhirnya, ketika serigala benar-benar datang menyerang kambingnya, walaupun dia memekik melolong meminta pertolongan orang kampung, pekikannya tidak dihiraukan kerana menyangkan budak itu berbohong dan mempermainkan penduduk kampung.
Anwar.... Anwar.... Kenapalah kamu boleh jadi seteruk itu?
Selayaknya penyakit yang menyerang Anwar Ibrahim kini bukannya dirawat di Kuala Lumpur tetapi di Tanjung Rambutan atau di Tampoi.
Wallahhualam....
- SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan