Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 21 April 2011

Kerajaan Kedah yang gagal bekal air, bukan masalah infrastruktur – UUM

SEBAHAGIAN pelajar terpaksa menunggu giliran untuk menadah air di bawah blok kediaman mereka berikutan tekanan air yang rendah di UUM Sintok, Kedah, semalam.
UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) menafikan dakwaan kerajaan negeri bahawa masalah bekalan air di universiti itu berpunca daripada kekurangan infrastruktur saluran paip dan loji air UUM.

Sebaliknya, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, masalah berkenaan berlarutan akibat Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri, gagal membekalkan air secukupnya kepada UUM.

“Oleh itu, kenyataan Menteri Besar Kedah yang menyarankan UUM mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah tidak tepat kerana masalah sekarang bukanlah dari segi infrastruktur tetapi masalah yang sebenar ialah bekalan air yang tidak mencukupi,” katanya dalam kenyataan akhbar di Kubang Pasu pada Rabu.

Semalam, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, masalah bekalan air di UUM timbul kerana infrastruktur saluran paip dan loji universiti itu tidak dapat menampung bekalan air sebanyak 15 juta liter sehari yang dibekalkan oleh SADA.

Mohamed Mustafa berkata, kegagalan membekalkan air dengan cukup kepada UUM diakui oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009.

Katanya, surat itu menyatakan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air Pelubang, dekat Jitra telah mencapai tahap maksimum dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air termasuk di kawasan UUM dan sekitarnya.

Gaya MB ada, tapi hamPAS....
Selain itu, menurutnya, masalah tersebut juga disebabkan SADA tidak membuat perancangan teliti untuk menyediakan bekalan air untuk menampung keperluan warga kampus UUM.

Justeru, katanya, dakwaan mengatakan bahawa masalah itu perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi tidak tepat kerana bekalan air merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

“UUM memerlukan bekalan air 12 juta liter air sehari dan kita hanya dapat bekalan air dalam anggaran 9 juta liter air sahaja sehari.

“Untuk menampung kekurangan tersebut, UUM terpaksa menyewa lori untuk mengangkut air dan perbelanjaan untuk tujuan ini mencecah purata lebih kurang RM80,000 sebulan,” jelasnya.

Mohamed Mustafa berkata, bekalan air dari loji di Pelubang, dekat Jitra hanya mampu menyediakan 15 juta liter air sehari dan ia bukan disalurkan khusus kepada UUM.

Sebaliknya, tambah beliau, ia disalurkan kepada pelbagai kawasan pertumbuhan pembangunan di daerah Kubang Pasu termasuk di Kepala Batas, Jitra, Tanah Merah, Changlun, Kodiang, Bukit Kayu Hitam dan kawasan sekitar.

“Ini bermakna bekalan air memang tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk khususnya warga UUM dan ia merupakan tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyelesaikannya dan bukanlah masalah infrastruktur di UUM seperti yang disebut oleh Menteri Besar Kedah,” tegasnya.

Beliau berkata, jika infrastruktur ditingkatkan sekali pun tetapi air yang dibekalkan tidak mencukupi maka masalah kekurangan bekalan air di UUM masih tidak dapat diselesaikan.
- Utusan

SATU MELAYU:
Apa sudah jadi dengan kenyataan-kenyataan MB Pas Kedah, Azizan Razak mengenai masalah yang menimpa palajar di UUM?

Kenyataan MB itu disanggah oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, macam ada sesuatu yang tak kena dengan pentadbiran kerajaan negeri. Dan kenyataan MB Azizan bagaikan satu ‘putar belit’ melepaskan diri daripada dipertanggungjawabkan.

Sanggahan pihak UUM nampaknay berasaskan kenyataan bertulis, sama ada dalam isu cukai tanah dan juga bekalan air. Sementara jawapan atau kenyataan MB Azizan macam berceramah politik ajerrr...

Apa masalah dan di mana silapnya?

Adakah MB Azizan disalah lapor oleh pegawai-pegawai terbabit, media tersalah lapor atau kerana jawapan untuk ‘lepas twengkok’?

Mentadbir negeri tidak cukup kalau sekadar banyak pengalaman berceramah politik sahaja. Bercakap menyalahkan orang lain memanglah mudah, yang agak susah dan payah ialah melaksanakan apa yang dicakapkan setelah dapat kuasa. Silap cakap, maka memakan diri lerrr jawabnya.

Yang pasti, segala kesusahan dan derita akibat tak cekap mentadbir negeri akan terbeban kepada rakyat.

Kepada yang hendak sangat akan ‘perubahan’ terimalah akibatnya. Apa lagi yang mampu mereka lakukan selain terkulat-kulat menggigit jari. Bak kata orang Kedah macam ‘slob kegha’ (Pengsan Kera). Mata terbedik-bedik, badan jadi kaku, tak boleh buat apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog