Ana sudah kena mainlahhhhh.... |
KEPUTUSAN pilihan raya negeri Sarawak menyaksikan hasrat dan cita-cita Anwar Ibrahim mahu menjadikan dirinya dan PKR sebagai tonggak pembangkang di Malaysia tidak berhasil. Selain daripada hanya menang tiga kerusi DUN berbanding 49 kerusi yang ditandingi, agak malang juga bagi tuan punya parti itu apabila enam kerusi yang ditandingi menyaksikan calonnya hilang deposit.
Enam kawasan yang di maksudkan ialah N35 Belawai – 618 undi, N36 Semop – 564 undi, N37 Daro – 475 undi, N43 Ngema – 650 undi, N51 Balingian – 871 undi dan N54 Pelagus – 1171 undi.
Maka nyatalah perjuangan parti politik bernama PKR kelahiran Semenanjung Tanah Melayu itu tidak dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat Sarawak, walaupun selama sepuluh hari diasak dengan pelbagai ceramah politik oleh pemimpin utama parti itu.
Keadaannya sangat berbeza dengan BN yang sejak dari zaman Perikatan tidak pernah menerima nasib malang dimana calonya hilang wang deposit dalam apa jua pilihan raya yang disertai.
Kalau difikirkan, kita akan dapat memahmi hakikat bahawa kehadiran PKR ke negeri Sarawak pada PRN ke 10 sekadar diperalatkan oleh DAP untuk memecah undi kaum bumiputera sahaja, sementara undai kaum Cina bertambah mantap menyokong DAP apabila parti serpihan PAP Singapura itu berjaya memenangi 12 daripada hanya 15 kerusi yang diuntukkan kepadanya.
DAP tidak perlu menjadi tonggak pakatan pembangkang dan tidak juga perlu menonjolkan diri sebagai mahu mengetuai puak pembangkang di Malaysia, tetapi secara senyap dan terselindung merekalah yang menguasai pergerakan sebenar politik pembangkang di negara kita ini.
Semasa PKR dan SNAP bertegang urat mengenai kesepakatan pembahagian kerusi sebelum penamaan calon, DAP mengambil sikap berkecuali sambil ‘mengurut dagu Anwar’ supaya mereka kekal diberikan tanggungjawab bertanding di kawasan majoriti kaum Cina.
Ketika berkempen, DAP kurang berat bebannya kerana hanya menumpukan perhatian kepada hanya 15 kerusi sambil tidak mempedulikan kawasan lain di mana sekutunya seperti PKR dan PAS bertarung dengan BN, SNAP dan BEBAS.
Pengundi kaum Cina solid menyokong DAP di 15 kawasan, sementara undi kaum itu untuk PKR dan PAS tidak berlaku di mana-mana kawasan yang sekutu DAP bertarung. Buktinya, di tiga kawasan yang DAP tewas, tidak berlaku kurang sokongan sehingga calon mereka hilang deposit.
Nayatlah betapa bangang dan baghalnya Anwar Ibrahim dalam menilai dan meneliti pendirian serta sokongan pemimpin dan penyokong DAP kepada diri dan partinya. Dia masih tidak sedar bahawa selama ini dia hanya dianggap sebagai alat oleh DAP untuk mencapai cita-cita menguasai politik dan ekonomi Malaysia.
Kalau itupun Anwar Ibrahim yang kononnya begitu hebat berpolitik itu tidak sedar atau tidak faham, tak payahlah nak cakap mengenai kemampuan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Buat rosak negara dan hancurkan bangsa serta agama ajerrrr.
Bak kata Man Raja Lawak 5, “Ana sudah kena mainlahhh...”.
Kalau selama ini ramai yang anggap Anwar sering ‘mainkan’ orang dengan pelbagai kelentong dan pembohongan, sebenarnya secara senyap dan terselindung Ketua Pembangkang itu telah ‘dimainkan’ oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng untuk kepentingan parti dan kaum mereka.
Tak tahulah pulak sekarang baru si Nuar sedar bahawa dirinya ‘dah kena main’ oleh DAP dan Lim Kit Siang, dan kerana itu dia terpaksa lari meninggalkan bumi Sarawak secara senyap sebelum kertas undi dikira. Dia mungkin tak mahu jumpa pemimpin sekutunya dalam pakatan yang bergembira meraikan kejayaan.
- SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan