Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 18 April 2011

Anwar ‘Cabut Lari’ Takut Dikejar Jam Omega, RPK Dan Rakyat Sarawak....

TINDAKAN Anwar Ibrahim ‘cabut lari’ ke luar negara dengan meninggalkan pelbagai persoalan dan permasalahan yang belum terjawab memperlihatkan beliau adalah pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab.

Dari isu jam Omega, rakaman video seks, dakwaan tsunami politik di Sarawak hingga pendedahan rakan karibnya Raja Petra Kamaruddin (RPK) semuanya ditinggalkan begitu sahaja walaupun sebelum ini beliau berjanji untuk menjawab segala persoalan sebaik sahaja pilihanraya negeri Sarawak berakhir.

 “Secara peribadi, kita sangat bersyukur dengan usaha berterusan pihak Pas selama ini yang menganjurkan solat-solat hajat agar ditunjukkan kebenaran, akhirnya kini muncul satu persatu kebenaran sebagaimana yang mereka hajati.

“Rakaman video seks yang mirip wajah Anwar Ibrahim sejak beberapa minggu lepas sebagai permulaan, ditambah pula dengan pengakuan dan pendedahan sahabat baik Anwar sendiri, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibu, yang menyebabkan Anwar cabut lari ke luar negara,” kata bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd Nazmi Rosli.

Tindakan Anwar cabut lari ini kata beliau lagi jelas bertentangan dengan apa yang diucap dan dijanjikannya di sepanjang kempen pilihanraya negeri Sarawak yang baru lalu.

“Kita lihat dia (Anwar) cukup yakin bahawa pakatan pembangkang akan melakukan perubahan di Sarawak hingga tanpa segan silu mewar-warkan pemimpinnya Baru Bian bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru.

“Malah pada jam terakhir kempen pun beliau tidak berganjak dengan keyakinannya tapi awal-awal dia dah cabut lari ke luar negara. Inilah putar alam namanya”, ujar beliau.

Sepatutnya tegas beliau jika Anwar bertanggungjawab dia akan terus bersama jenteranya untuk berjuang bukan ‘cabut lari’ dengan meninggalkan segala permasalahan kepada pemimpin serta penyokong bawahannya.

“Ini yang rakyat harus jelas dan teliti dengan hati yang terbuka sikap Anwar yang sebenarnya. Saya percaya rakyat dah melihat sendiri sedutan rakaman video seks selama 1:47 minit yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

“Bukan rakyat sahaja malah pimpinan dalam pakatan sendiri sudah mula meragui Anwar Ibrahim dan percaya `pelakon lelaki’ dalam rakaman tersebut ialah Anwar sendiri.

“Saya sudah mendapat maklumat dari sumber-sumber dalaman parti pembangkang, bahawa ada di kalangan pemimpin mereka percaya Anwar terlibat, namun demi mengelakkan perpecahan dan salah sangka dalam pakatan pembangkang, mereka terpaksa menutup mulut dan mendiamkan sahaja isu tersebut,” ujarnya tanpa memaklumkan parti dan pemimpin yang  dimaksudkan.

Dalam masa yang sama, Najmi berasa hairan bagaimana Anwar boleh ‘melarikan diri’ ke luar negara sedangkan beliau berhadapan dengan isu besar yang melanda dirinya, sedang berhadapan dengan siasatan dan menjadi tanggungjawab kepadanya untuk membantu siasatan tersebut.

“Kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan menghalang Anwar ke luar negara. Kenapa dia masih bebas sedangkan beliau menghadapi kes di bawah Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman berat jika disabitkan dengan kesalahan.

“Anwar ke luar negara bukan untuk melancong atau melanjutkan pelajaran sebaliknya dia ke luar negara untuk memancing sokongan negara-negara barat, selain merancang gerakan-gerakan subversif yang boleh merosakkan keamanan negara”, katanya.

Perkara ini bukan perkara baru kata beliau kerana sudah beberapa kali Anwar memburukkan negara malah anak perempuannya sendiri, Nurul Izzah Anwar pernah bercakap di Indonesia, mempersoalkan kewibaan kapal selam Malaysia yang kononnya tidak berfungsi selain sistem keselamatan negara yang longgar.
- MediaUMNO

SATU MELAYU:
Tidak mustahil Anwar juga ‘cabut lari’ kerana tidak mahu membayar bayaran tertentu yang dijanjikan sebagai perbelanjaan semasa sepuluh hari kempen pihak pembangkang.
Bila dia dapat laporan partinya akan kalah teruk, apa lagi pilihan yang ada padanya selain ‘cabutttttttt.

Kah... kahh... kahhh... sekarang baru orang Sarawak tahu siapa Anwar Ibrahim....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog