Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 22 April 2011

Leila ejen Mossad: Akhbar Algeria dedah rahsia bekas wanita pertama

Leila Trabeli
SEORANG pegawal peribadi bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine mendedahkan bahawa isteri beliau, Leila Trabeli sebenarnya adalah ejen kepada agensi perisikan Israel ‘Mossad’ dan menjadi dalang di belakang pembunuhan beberapa tokoh kanan Palestin.

Di dalam pengakuannya, pengawal peribadi itu, Abdul Rahman Subir mendedahkan rahsia yang disimpan Setiausaha Negara di Kementerian Dalam Negeri Tunisia pada 1990, Muhammad al Arab Mahjoubi.

“Beliau berkata bahawa Ben Ali dan Leila Trabelsi terbabit dengan badan perisikan Israel itu dan mereka adalah boneka Mossad. Pasangan itu terbabit dalam pembunuhan pemimpin Palestin di Tunisia,” katanya.

Subir juga mendedahkan hakikat menakutkan mengenai rejim pemerintahan Ben Ali dan tindakan jenayah yang dilakukannya sehingga menyebabkan bekas presiden itu, isteri dan bekas pemimpin keselamatannya kini menghadapi pendakwaan.

Akhbar itu menambah, “Leila Ben Ali merekrut dua ejen perisikan Tunisia pada 1991 bagi membolehkan mereka membunuh seorang ahli perniagaan terkenal, yang menjadi rakan rapat Ben Ali, kerana beliau membantah keras perkahwinan mereka.”

Subir juga mendedahkan maklumat baru mengenai kehadiran kekayaan lain ditemui dalam Istana Carthage.
Menurutnya, “kekayaan” itu lebih besar berbanding yang ditemui sebelumnya.

Leila dilaporkan mencuri emas seberat 1.5 tan dari Bank Pusat Tunisia sebelum meninggalkan negara itu ke Jeddah, Arab Saudi, lapor sebuah akhbar Perancis.

Kuantiti jongkong emas itu mewakili nilai bersamaan 45 juta euro (RM197.67 juta).

Akhbar di Perancis melaporkan Gabenor Bank Pusat pada mulanya enggan memberinya emas itu namun apabila beliau menelefon suaminya, Zine El Abidine Ben Ali ‘meyakinkannya’ dan membenarkan mereka membawa jongkong emas itu.

Leila Trabelsi, seorang pendandan rambut yang miskin, adalah isteri kedua Ben Ali. Beliau mengahwininya pada 1992 dan menjadi ‘Wanita Pertama’ Tunisia yang baru.
– Agensi/BH

SATU MELAYU:
Ada pengajaran yang tersirat di sebalik berita ini.
Benar atau tidak, segalanya tidak mustahil dan berkemungkinan besar boleh berlaku berdasarkan usaha gigih dan berterusan golongan Yahudi/Zionis menghapuskan penghalang usaha dan cita-cita mereka untuk menguasai politik dan ekonomi seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog