WALAUPUN telah mengemukakan surat pelepasan jawatan dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Isnin, namun presiden parti Tan Sri Dr George Chan dan setiausaha agungnya Datuk Sim Kheng Hui akan terus memegang jawatan masing-masing hingga akhir tahun ini.
Dr Chan dan Sim membuat keputusan itu kerana memenuhi permintaan jawatankuasa kerja pusat (CWC) SUPP agar mereka terus menyandang jawatan masing-masing hingga berlangsungnya persidangan perwakilan tiga tahun sekali (TDC) parti berkenaan pada akhir tahun ini.
Pada pilihan raya negeri Sabtu lepas, Dr Chan gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Piasau.
Sim menyerahkan surat peletakan jawatannya pagi ini berikutan kekalahan paling teruk yang dialami SUPP pada pilihan raya itu.
Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuchinh, bendahari agung SUPP David Teng berkata CWC membuat keputusan bahawa dua pemimpin itu perlu terus menyandang jawatan mereka hingga TDC diadakan.
"Setelah dibincangkan, CWC membuat keputusan mereka (Dr Chan dan Sim) perlu terus memegang jawatan masing-masing hingga ke penghujung penggal semasa dan mereka berdua bersetuju mengenainya.
"Kami akan adakan TDC mengikut perlembagaan parti dengan secepat mungkin," katanya kepada media di sini hari ini.
SUPP kalah 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya -- 12 kepada DAP dan satu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, kalah di tangan calon baru DAP Ling Sie Kiong dengan 1,590 undi. Ling mendapat 5,998 undi, manakala Dr Chan 4,408 undi.
Kini, SUPP hanya mempunyai dua anggota dewan undangan negeri daripada kaum Cina -- Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin).
Mengenai kedudukan wakil kaum Cina dalam Kabinet negeri, Teng berkata CWC SUPP telah mengemukakan "beberapa syor" mengenainya.
"Terserahlah kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud...dan parti ini telah memberi pandangannya," kata beliau.

- Bernama
SATU MELAYU:
Satu tindakan yang menggamabarkan kematangan politik CWC SUPP. Bertenang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan