Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 17 April 2011

HAKIKAT DI SEBALIK KEPUTUSAN PRN SARAWAK: Jangan pedulikan mereka yang tidak mengenang budi dan tak tahu berterima kasih....


UNDI sudah, dikira pun sudah. Dan keputusan muktamadnya menyaksikan Barisan Nasional dapat sokongan di 55 kawasan, DAP 12, PKR 3 dan Bebas 1. PAS kecundang dan langsung tidak mampu membuktikan ada kawasan majoriti yang menyokong mereka. Nasib Pas sama seperti SNAP. Rakyat Sarawak menolak mereka melalui pilihanraya.

Pecahan penguasaan kawasan oleh parti-parti bertanding menyaksikan Barisan Nasional melalui PBB menang di semua 35 kawasan, SUPP hanya menang 6 daripada 19, PRS dapat 8 – kalah satu sementara SPDP berjaya di 6 kerusi daripada 8 yang ditandingi.

Sementara puak pembangkang dari Semenanjung Tanah Melayu, DAP menguasai 12 daripada 15 kerusi ditandingi, PKR hanya mampu dapat 3 daripada 49, PAS gagal di kesemua 5 kawasan dan PCM satu pun tak dapat daripada 6 kawasan ditandingi.

Manakala pembangkang dari Sarawak – SNAP, yang bercakar dengan PKR sebelum penamaan calon langsung tidak mampu memikat hati pengundi. Sementara calon Bebas hanya satu sahaja yang berjaya berbanding 41 kawasan yang ditandingi.

Itulah senario sepintas lalu yang dapat dikatakan mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada Sabtu, 16 April 2011.

Sebagaimana diramal, pengundi bumiputera telah membuktikan kesetiaan mereka kepada Barisan Nasional dengan menjadi penyumbang terbesar kemenangan majoriti dua pertiga BN di Sarawak.

Kalau Melayu idolanya Najib, kaum Cina LKS...
Berbanding pengundi kaum Cina di Sibu, Bintulu dan Miri, masyarakat Melayu/Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan Iban di pedalaman dan luar bandar menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi mereka untuk terus menyokong BN.

Oleh itu, sewajarnya selepas pilihan raya ini kepimpinan BN memberikan tumpuan utama kepada masyarakat bumiputera dengan memenuhi aspirasi dan kehendak mereka terutama dari segi baki keperluan kemudahan asas bekalan letrik, air dan jalan raya.

Segala janji semasa kempen selama 10 hari oleh pemimpin BN perlu ditunaikan oleh Ketua Menteri Sarawak. Kejujuran dan keikhlasan BN dengan slogan ‘Rakyat didahulukan’ perlu dibuktikan. Bukan sekadar janji pilihan raya dan bukan omong kosong.

Masa untuk kerajaan negeri dan pusat bersikap terbuka dan berjiwa besar sudah sampai kerana rakyat di pedalaman mahu melihat pendekatan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk mereka.

Manakala keputusan di kawasan-kawasan majoriti kaum Cina menyimpulkan bahawa apa yang diusahakan selama ini olwh kerajaan negeri dan pusat khususnya dari segi penjanaan ekonomi di bawah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) Sarawak tidak berkesan.

Manifesto BN yang jelas menunjukkan perencanaan matlamat itu, namun ia ternyata sia-sia belaka dengan menterjemahkan melelui kertas undi.

Yang dikehendaki oleh kaum Cina hanyalah mahukan Abdul Taib Mahmud dan Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berundur walaupun berulang kali Abdul Taib menjanjikan tekad itu selepas pilihan raya.

Sentimen inilah yang diambil kesempatan oleh DAP dengan menguar-uarkan dalam kempen agresif mereka mendesak pengunduran segera Ketua Menteri tanpa mengenang jasa.

Mengundi BN bermakna menyokong Taib untuk terus berkuasa kata DAP. Sedangkan kalau difikirkan kepimpinan Penasihat DAP – Lim Kit Siang, yang juga penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur dan juga Karpal Singh juga terlalu lama dan memasuki usia senja.

Hakikatnya, jasa BN hanya dikenang oleh masyarakat kaum bumiputera.
Justeru, sewajarnya pemimpin BN dan negeri selepas ini tidak menunaikan segala janji semasa kempen kepada masyarakat bandar, khasnya kaum yang tidak mengenang budi dan ‘tidak tahu dek untung’ kepada BN dan negara bertuah ini.

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.... Jangan pedulikan mereka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog