Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 21 April 2011

Malaysia layak berdakwah, kata Ketua Imam Masjidil Haram.

Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais (tengah) disambut pada majlis ceramah umum bertajuk Masa Depan Peradaban Islam Pada Abad Ke-21 di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa di Kuala Lumpur, semalam.
SEORANG ulama besar Arab Saudi berpandangan Malaysia boleh berperanan menyampaikan mesej dakwah dalam usaha mendekatkan masyarakat antarabangsa dengan Islam.

Ketua Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz as-Sudais berkata, keyakinannya itu berdasarkan kepada kejayaan Malaysia menunjukkan imej Islam yang baik di mata dunia dalam pelbagai bidang.

Sehubungan itu, beliau yakin Malaysia dan Arab Saudi boleh menjalinkan kerjasama dalam memberi kefahaman kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan sebaliknya amat menuntut keamanan dan perasaan kasih sayang.

"Ia berbalik kepada soal kesederhanaan dan keseimbangan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah sebenarnya amat indah dan keindahan itu tidak harus dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang langsung tidak mencerminkan Islam.

"Islam menolak keganasan dan ekstremis kerana perlakuan itu hanya menjauhkan masyarakat dengan agama suci ini. Oleh itu menjadi tanggungjawab Malaysia dan negara saya, Arab Saudi untuk memulihkan semula imej Islam yang selama ini dipandang serong oleh sesetengah pihak," katanya selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk Masa Depan Peradaban Islam Pada Abad Ke-21 di Kuala Lumpur pada Rabu.

Abdul Rahman yang hadir sebagai Tetamu Negara di sini berkata, Islam di Malaysia bukan sekadar mendirikan solat lima waktu, tetapi lebih daripada itu dan beliau juga mahu negara-negara Islam lain mencontohi Malaysia dalam menguruskan jemaah haji.

Beliau berkata, pengurusan haji di Malaysia amat bersistematik, selain jemaah amat memahami mengenai hukum yang terdapat dalam ibadat itu.

"Jemaah Malaysia adalah antara yang begitu menjaga adab, disiplin serta tatatertib semasa mengerjakan haji. Apa yang dilakukan oleh para jemaah ini harus dicontohi kerana ini adalah tuntutan Islam," ujarnya.

Terdahulu, dalam ceramahnya, beliau menyeru umat Islam supaya sentiasa bersatu walaupun berlainan mazhab, kerana perbezaan hanya dalam soal cabang (furu'), tetapi di dalam soal pokok adalah sama.
- Utusan

SATU MELAYU:
Hanya Jauhari yang mengenal manikam. Bertanya kepada yang tahu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog