Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 23 April 2011

Kerana Pertelingkahan Sempadan: Thailand-Kemboja berbunuhan

SEORANG tentera Thailand dibawa ke hospital setelah tercedera dalam pertempuran dengan tentera Kemboja di provinsi Surin dekat sempadan Thai-Kemboja, semalam. - AFP
ENAM orang terbunuh dalam pertempuran terbaru antara tentera Thailand dan Kemboja di sempadan yang menjadi pertelingkahan kedua-dua negara itu hari ini - Jumaat.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Chhum Sochear berkata, tiga askarnya maut dan beberapa orang lagi cedera dalam pertempuran itu.

Tentera Thailand pula berkata, tiga askarnya turut terbunuh manakala 13 lagi cedera.

''Mereka terbunuh akibat serangan bom,'' kata jurucakap tentear Thai di kawasan sempadan, Kolonel Prawit Hookaew.

Hookaew menambah, tiga askar yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Ia merupakan pertempuran terbaru sejak ianya bermula pada Februari lalu berdekatan kuil berusia 900 tahun, Preah Vihear yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang cedera.

Hookaew berkata, pertempuran berkenaan setakat ini sudah tamat.

Terdahulu, jurucakap tentera Thai, Kolonel Sansern Kaewkamnerd berkata, pertempuran terbaru itu berlaku selepas subuh dan berlangsung selama setengah jam.

''Ia berlaku kira-kira 250 kilometer dari barat Preah Vihear. Pertempuran berlaku di satu lagi kuil di Ta krabey yang turut dituntut oleh kedua-dua negara,'' kata Chhum.

Beliau berkata, kedua-dua pihak menggunakan pelancar roket, mesingan dan raifal dalam pertempuran itu.

Pertempuran sebelum ini pada 4 dan 16 Feb lepas berlaku di kawasan pertikaian dengan kedua-dua pihak menggunakan senjata berat termasuk bom, roket dan kereta kebal, menyebabkan 10 terkorban di kedua-dua belah pihak.

Persengketaan terbaru itu meletus apabila Indonesia, Pengerusi ASEAN sekarang, merancang menghantar pemerhati di sempadan Thai-Kemboja seperti yang dipersetujui pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Jakarta pada 22 Februari lepas.

Pertikaian sempadan kedua-dua negara membabitkan kawasan di sekeliling Kuil Hindu Preah Vihear yang berusia 1,000 tahun kerana mendakwa kawasan seluas 4.6km persegi yang termasuk kawasan menghala laluan masuk kuil serta persekitarannya, sebagai milik mereka.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan pada 1962 kuil itu terletak di Kemboja, dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2008.

Susulan pertikaian ini, tiga pertempuran dilaporkan - 15 Julai 2008, Okt 2008 dan 3 April 2009 - sejak kuil itu diinskripsi di dalam senarai warisan dunia pada 8 Julai 2008.
- AP/AFP/BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog