Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 21 April 2011

Nilai tanah di Sintok lebih mahal daripada di Gombak? UUM kemuka rayuan sambung rebat....

Kampus UUM di Sintok, Kedah....
UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) sudah menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam bagi memohon menyambung semula pemberian rebat cukai tanah.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak memberitahu, surat itu meminta kerajaan negeri mempertimbangkan agar cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada 2008 dilanjutkan lagi demi kepentingan kedua-dua pihak.

"Saya difahamkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dikenakan RM300,000 setahun untuk cukai tanah sedangkan tanah di Gombak, Selangor lebih mahal berbanding kawasan ini.

"Namun, tanah di Sintok, kerajaan negeri kenakan cukai seperti tanah industri. Kerajaan negeri sering uar-uarkan kerajaan prihatin dan Kedah sejahtera tetapi ia tidak berlaku kepada UUM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Azizan semalam bahawa kerajaan negeri bersedia menimbang untuk mengurangkan cukai tanah UUM yang kini berjumlah RM1.74 juta setahun jika universiti itu memohon agar rebat cukai itu diteruskan.

Nantikan apa pulak songeh Pak Lawak kali ni....
Azizan juga berkata, kerajaan negeri akan memberi kelonggaran kepada UUM untuk membayar cukai itu secara ansuran agar ia tidak membebankan universiti itu.

UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat itu masing-masing sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada tahun 2010, namun rayuan tersebut tidak dilayan.

Menurut Mohamed, semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerajaan negeri mampu memberikan rebat sedangkan ketika itu mereka juga tidak mempunyai duit.

"Kerajaan negeri harus menjana sumber kewangan baru bagi pembangunan negeri bukan mengenakan cukai tinggi ke atas institusi pengajian tinggi," katanya.

Jelasnya, isu cukai tanah ini bukan bermaksud UUM mahu mengeruhkan keadaan sebaliknya universiti itu mahu menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan negeri.

"UUM mahu bersahabat dengan kerajaan negeri serta menjalinkan lebih banyak kerja dan bukan mahu mengeruhkan lagi keadaan," katanya.

Beliau memberitahu, UUM memberi sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi Kedah menerusi bajet tahunan sekitar RM300 juta selain limpahan kerja kepada rakyat negeri ini.

"Sekitar 3,000 warga Kedah bekerja di UUM selain pemberian projek seperti kerja-kerja pembersihan dan pencucian di kawasan kampus UUM serta banyak lagi," katanya.

Namun menurut Mohamed, sekiranya kerajaan negeri menolak rayuan rebat itu, pihaknya akan berusaha mencari sumber kewangan bagi menjelaskan cukai tanah tersebut.

"UUM perlu cari duit termasuk minta daripada Kerajaan Pusat," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Apabila sesuatu kuasa dan penguasaan itu diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah akibat buruk sebagai hasilnya.
Memebrikan sesuatu kepada yang bukan ahlinya itu juga dikiaskan oleh orang tua-tua sebagai ‘Bagaikan memberi bunga kepada beruk’.

Mana mungkin seekor beruk tahu menilai kecantikan sekuntum bunga?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog