Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 20 April 2011

DAP jadi ‘Along’, pinjamkan wang pendahuluan projek?

Suruhanjaya Mesyiasat Kematian Teoh Beng Hock sedang bersidang....
KENYATAAN saksi kepada Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock pada hari Selasa agak menarik perhatian apabila saksi, Lee Wye Wng, seorang ahli perniaga memberitahu suruhanjaya bahawa syarikat-syarikat tertentu yang disebutnya itu mendapat projek daripada DAP.

Lebih memeranjatkan lagi, Lee juga memberitahu bahawa DAP memberikan wang pendahuluan bagi melaksanakan projek sebelum mendapat bayaran daripada Pejabat Tanah dan Daerah.

Kalau macam tu bermakna DAP telah bertindak sebagai ‘Along’ yang meminjamkan wang kepada kontraktor yang tidak cukup modal pusingan untuk siapkan projek.

Takkan beri saja kottt.... Tentulah ada habuan untuk DAP. Kalau tak banyak pun, sedikit tentu ada... kannn?... kannn?....

Kenyataan mengenai penglibatan empat syarikat dalam projek DAP itu menyebabkan Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM, memohon supaya suruhanjaya mengarahkan Wye Weng menyerahkan tiga resit pembayaran untuk DAP Serdang Aman yang mempunyai kaitan dengan penyiasatan SPRM.

Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen bagaimanapun belum memutuskan sama ada Wye Weng perlu berbuat demikian (bawa resit) ataupun tidak.

Terdahulu Muhammad Shafee berhujah bahawa suruhanjaya wajar meminta Wye Weng membawa resit pembayaran tersebut kerana beliau tidak menyerahkannya sehingga kini kepada SPRM dan ia mampu menunjukkan tahap psikologi Beng Hock selepas siasatan.

Katanya, Beng Hock berasa tertekan dan bersalah atas tindakannya menggunakan wang kerajaan untuk dana politik dan perasaan bersalah itu bukan sahaja terhadap dirinya sendiri tetapi juga kepada DAP kerana ia telah melibatkan banyak pihak dalam parti tersebut.

SM tidak berniat untuk mencampuri urusan siasatan suruhanjaya yang sedang berjalan, tetapi sekadar tertarik mengenai peranan DAP yang memberi projek dan mendahulukan wang kepada syarikat-syarikat berkaitan.

Berdasarkan apa yang dijelaskan saksi kepada suruhanjaya diraja itu, maka semakin panaslah bontot pemimpin DAP yang terlibat.

Sementara kepada rakyat Selangor yang menyerahkan negeri itu kepada puak pembangkang melalui PRU 2008 lalu, seharusnya sedar dan boleh memikirkan mengenai apa sudah jadi kepada ‘perubahan’ yang mereka telah lakukan tiga tahun lalu itu.

Kenyataan-kenyataan pada prosiding siasatan suruhanjaya itu sebelum ini telah menyebutkan bahawa pihak SPRM telah terpaksa menggugurkan siasatan kes rasuah berkaitan kerana kematian saksi penting – Teoh Beng Hock.

Kesimpulannya, apapun yang akan terjadi akhirnya nanti, biarlah suruhanjaya berkenaan yang menentukan demi prinsip dan falsafah Rukun Negara, iaitu ‘kedaulatan undang’.
- SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog