Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 20 April 2011

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Prosiding Dilanjutkan Sehingga 25 Jun Ini


PRISIDING Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock dilanjutkan sehingga 25 Jun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen pada prosiding Rabu berkata perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi surat kepada suruhanjaya bagi membolehkan siasatan diteruskan.

Beliau juga memaklumkan bahawa ia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Prosiding suruhanjaya yang bermula pada 14 Februari lalu sebelum ini diberikan tempoh masa hampir tiga bulan bagi melengkapkan siasatan sebelum laporan siasatan itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 25 April ini.

Teoh, 30, Setiausaha Politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Hakim James Foong
Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T S Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Najib pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner pada akhir siasatannya membuat keputusan terbuka.
- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog