Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 10 April 2011

Habislah Nuar! Nik Aziz dah sokong 1Malaysia dan sokong DS Najib selaku PM....


CERIA dan MESRA:
GAMBAR-gambar di atas menceritakan segalanya. Kemesraan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin ketara.

Setelah sekian lama agak membisu dengan komen-komen negatif mengenai isu yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, secara tiba-tiba muncul pula Mursyidul Am Pas itu pada satu majlis bersama DS Najib di Pekan, Pahang.

Nik Aziz turut serta dalam majlis perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Industri Automotif Pekan di Pekan, Pahang, paga Sabtu.
- Sumber: BHOnline/MediaUMNO

SATU MELAYU:
Apakah agaknya perasaan juak-juak Pas dan penyokong tegar Anwar-PKR melihat gambar-gambar ini? Berdebarkah hati dan bertambah lajukah denyutan jantung mereka?
Yang pasti Anwar Ibrahim akan tepuk dahi menyesali tindakan Mursyidul Am Pas itu.
Apapun, samalah kita tunggukan kalau-kalau ada komen membela diri untuk pakatan haram pembangkang oleh Nik Aziz sebagaimana yang biasa beliau lakukan.
Mana tahu! Mungkin setelah melihatkan gambar-gambar itu Anwar telefon Nik Aziz dan memarahi orang tua tu dengan pelbagai ugutan.
Entahlah! Yang pasti Nuar bertambah susah hati...

2 ulasan:

EmranHas berkata...

sejuk mata memandang nampak mereka bersama ,moga moga ada satu perubahan bagi kedua dua pemimpin tersebut.salam satu malaysia

Pak Sulung berkata...

Salam 1Malaysia,
Bukan semua yg 'sejuk mata' melihat keintiman dua tokoh Melayu/Islam itu. Masih ada yang 'terbakar mata' melihatnya.
Maklumlah! Selama ini Nik Aziz inilah yg jadi modal mereka menghantam Umno/BN dan DS Najib.
Langit tak selalunya cerah. Ada kalanya mendung, hujan dan gelap kerana hari malam.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog