Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 16 April 2011

KONSPIRASI ANWAR: RPK digesa dedahkan lagi rahsia Anwar Ibrahim....

PENGENDALI laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin perlu mendedahkan lebih banyak rahsia mengenai sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, ia bukan untuk mengaib atau menghina Anwar sebaliknya untuk menyedarkan rakyat supaya tidak terus terpedaya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang penuh dengan kepalsuan.

"Sudah terang lagi bersuluh selama ini Anwar akan menggunakan siapa sahaja dan pelbagai cara untuk mencapai hasrat menjadi Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas pendedahan Raja Petra semalam berhubung sikap sebenar Anwar.

Ruslan Kassim
Ruslan berkata, pendedahan Raja Petra itu juga membuktikan perjuangan Anwar bersama PKR selama ini adalah palsu dan mengikut nafsunya semata-mata.

"Saya sudah lama mengenali Raja Petra. Selama mengikut Anwar dia sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi Anwar. Apa yang didedahkannya itu sememangnya patut diambil perhatian," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, selari dengan pendedahan Raja Petra mengenai Anwar, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail juga perlu tampil menegakkan kebenaran mengenai sikap sebenar suaminya itu.

Menurut beliau yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, sebagai presiden parti, Wan Azizah bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya dan bukannya berlakon seperti tidak tahu apa-apa.

Aminah Abdullah
"Tidak sangka Wan Azizah sanggup membenarkan fitnah dilemparkan kepada pemimpin negara terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

"Wan Azizah dari awal lagi tahu fitnah dan hasutan yang telah dicaturkan oleh Anwar terhadap Najib dan Rosmah tetapi beliau telah menunjukkan satu lagi lakonan yang hebat," katanya.

Beliau berkata, rakyat telah muak dengan lakonan Wan Azizah dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dalam soal mempertahankan Anwar itu.
- Utusan

SATU MELAYU:
Jangan marahkan Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah. Mereka terpaksa patuh kepada kehendak dan arahan suami dan ayah. Sebagai isteri dan anak, seudah tentu mereka tidak sanggup memburuk dan menghina Anwar yang kini semakin hanya bergantung kepada mereka berdua.

Lagipun, apa yang dicita-citakan Anwar sangat menguja Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Bukan senang hendak mengenepikan harapan muluk untuk menjadi isteri dan anak kepada seorang Perdana Menteri Malaysia. Glamour beb!

Dan yang paling utama ialah kepada siapa lagi Anwar hendak bergantung harap selain isteri dan anaknya? Kawan dan rakan setia semuanya dah cabit lari. Tidak cukup dengan meninggalkan Anwar, ada pula yang menyerang Anwar dengan pelbagai pendedahan yang memalu dan menjijikkan.

Apakah semua musibah yang menimpa Anwar Ibrahim kini sebagai ujian atau karma dari Yang Maha Kuasa?

3 ulasan:

Unknown berkata...

JAngan di bela Wan Azizah dan NUrul Izzah.
Memang benar kita perlu setia dengan suami atau ayah.
TApi kesetiaan kita di dahulukan dengan Allah Taala, yang Benar!
Apa dua perempuan buat telah membawa fitnah kepada ramai orang.
Kita boleh maafkan tapi tidak payah di bela-bela.

Dot berkata...

masalahnya tuan satu melayu,

juak2 pr tidak akan percaya dgn semua pendedahan ini krn mrk akan tetap anggap semua ini adalah konspirasi musuh2 nwar aljub semata2...

siapa yg pernah terkena, teraniaya, diperguna oleh nwar & sudah lama tersedar, sekarang ini dianggap sudah dibeli pulak oleh pihak kerajaan!

jika inilah yg nwar maksudkan dgn mrk yg akan melompat dulu bila pkr sudi membayar/menyogok mrk berapa sj yg mrk mahu, maka inilah jugak yg nwar & juak2 pakatan katakan kpd mrk yg sudah sedar ini - DIBELI!!!

apakah semudah itu bagi mrk yg insaf krn kuasa Allah SWT utk tunduk kpd duit semata2 sedangkan nawaitu menyedarkan mrk nilai diri mrk sendiri & siapa nwar sebenarnya! cukuplah diri diperbodohkan nwar selama ini. tentunya setelah mengenali siapa nwar mrk terfikir betapa jahatnya manusia bernama nwar ini krn sanggup menggunakan apa sj cara & kesempatan yg ada, mempergunakan rakan & sahabatnya serta sanak saudara utk menjayakan cita2 hapraknya itu...

siapa lagi yg masih bersama dia melainkan orang2 baru yg tidak tahu & gagal mengenali siapa nwar sebenarnya!

Pak Sulung berkata...

Selamat Sejahtera Ka!

Maaf lerrr kalau tulisan teman tu bermaksud membela.
Emosi teman semasa menulisnya ialah berasa kesian terhadap mereka berdua. Itu sahaja. Teman bayangkan kalaulah teman yang jadi mereka, maka tak terbayangkan rasa malu terhadap masyarakat.
Tapi kerana demer dah join politik kerana al-Jub... mereka jadi terpaksa.
Itu ajerrrr!
Teman tiadk berniat membela.
Mintak maaf lerrr kalau ada yang anggap begitu...
Teman tak akan ulang lagi....InsyaAllah.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog