Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 14 April 2011

SIASAT KES KEMATIAN PEGAWAI KASTAM: Polis arah pelakon buat 4 terjunan

PELAKON aksi lagak ngeri profesional melakonkan semula kejadian di mana Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, baru-baru ini.

PASUKAN penyiasat kes kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, semalam kembali ke lokasi kejadian di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

Dalam siasatan semalam, penyiasat yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri bagi melakonkan semula situasi sebenar pada hari kejadian.

Sepanjang siasatan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu, pelakon lagak ngeri diminta melakonkan semula cara bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu, pada 6 April lalu.

Malah, pelakon itu dipilih berdasarkan berat badan sama dengan mangsa serta dipakaikan seluar dan baju kemeja yang sama seperti dipakai mangsa pada hari kejadian.

Chin Wah berkata, pelakon diminta melakukan empat terjunan pelbagai posisi dengan dirakam empat kamera dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat tiga.

“Selain cuba mendapatkan gambaran sebenar bagaimana mangsa terjatuh, kita menyiasat kecederaan dialami jika terjatuh dari tingkat tiga dengan disaksikan pakar terbabit bedah siasat mangsa,” katanya.
- BHOnline

SATU MELAYU:
Macam-macam cara digunakan oleh pihak berkuasa polis dalam melakukan siasatan demi menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang.

2 ulasan:

Mordecai Kucai berkata...

alam langkah langkah keselamatan kebakaran yang pernah di keluarkan oleh Majalah Reader Digest mennyatakan tingkat tertinggi paling selamat untuk manusia terjun semasa kebakaran ialah Tingkat 3.

Melainkan kalau terjun kepala dulu atau ada benda merbahaya menanti di bawah misalnya benda tajam dan sebagainya. Tiada sebab untuk mati.

Adalah sangat lucu kalau ada orang berniat menolak seseorang di tingkat 3 kebawah dengan niat untuk membunuh. Lagi lagi kalau dia itu pegawai tinggi Kastam yang sudah tentu sekolah tinggi.

Kecuali ada unsur unsur si mati di bunuh sebelum di buang keluar. Ini boleh di analisa oleh pakar samada kematian itu berlaku sebelum terjunan atau selepas terjunan melihat dari posisi badan yang akan menunjukkan tindakan untuk badan menyerap hentakan.

Sudir berkata...

Syabas Polis..

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog