Anwar ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Isnin.... |
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas menemui kedua-dua pihak dalam kamarnya sejurus selepas beliau memerintahkan Anwar membela diri atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu pemberita selain Anwar, mereka dijangka memanggil bekas pegawai perubatan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr Mohd Osman Abd Hamid dan dua pakar forensik.
Dr Mohd Osman merupakan pegawai perubatan pertama yang telah memeriksa Mohd Saiful dan menasihatkannya mendapat rawatan lanjut di hospital kerajaan selepas beliau mengaku telah diliwat seorang ‘ahli politik berprofil tinggi.’
Pakar berkenaan pula ialah Prof Dr C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.
Beliau berkata pihak pembela juga akan menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang berada dalam senarai 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.
"Pihak pendakwa akan membantu kami dalam menemu bual saksi-saksi yang diminta oleh kami dan kemungkinan temu bual itu akan dijalankan di salah sebuah bilik mesyuarat di sini menjelang minggu depan, katanya selepas penghakiman dibuat Mohd Zabidin.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008 melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10petang dan 4.30petang pada 26 Jun, 2008.
Tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.
Sementara itu, S.N Nair berkata: "(Keputusan) ini, bukan penamat bagi perkara ini, tapi kami mempunyai peluang kedua untuk membuktikan bahawa dakwaan ini diada-adakan ke atas anak guam kami dan tidak ada perlakuan (liwat) berlaku," kata Nair.
Anwar memberitahu para penyokongnya yang berada di pekarangan mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memanggil para saksi untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
"Kebenaran akan mengatasi yang lain di akhir kes dan saya yakin dengan para peguam saya," kata Anwar sebelum dikerumuni para penyokongnya yang bersurai secara aman selepas dinasihatkan oleh polis.
- Bernama
SATU MELAYU:
Diharap perbicaran yang dimaksudkan itu tidaklah tertangguh-tangguh sehingga memakan tahun kerana karenah yang disengajakan.
Rakyat mahukan keadilan. Anwar mahukan keadilan dan Saiful juga mahukan keadilan.
Setelah gagal mendapatkan keadilan melalui Parti Keadilan, akhirnya Saiful meminta keadilan melalui mahkamah.
SM sangat menanti-nantikan ketika di mana Anwar akan beraksi di mahkamah nanti. Apakah beliau akan menjawab setiap soalan dengan tepat seperti yang ditanyakan atau merewang ke lain.
Adalah diharapkan juga perbicaraan itu nanti tidak pula dianggap sebagai usaha Umno mengaibkan diri Anwar secara berterusan.
Tentu ramai yang rasa tak sabar menanti tarikh 6 Jun itu.
2 ulasan:
MARILAH SAMA2 BERMUNAJAT MEMOHON KPD ALLAH SWT SUPAYA SEMASA MEMBELA DIRINYA NANTI, DARI MULUT NWAR BERAHI AKAN TERSEMBUR KELUAR SEGALA KEBENARAN YG SELAMA INI DIA PUTAR, PUSING, SELEWENG & CUBA PADAMKAN DARI INGATANNYA SENDIRI... INSYAALLAH.
Salam sejahtera, anti bohmau.
Sama-samalah kita semua tengok bagaimana dan apa hebatnya segala jin dan jembalang yang mendampingi Anwar selama ini hasil bantuan para bomoh yg digunakannya itu.
Mampukah bomoh benggali dan bomoh Indon berbuat sesuatu di mahkamah nanti.
Kepada mereka yg ada pengalaman dan tahu bagaimana menghalau keluar segala jin dan jembalang, tolonglah lakukan sesuatu supaya kebenaran yg hak dapat ditegakkan demi keadilan. Bukannya demi Anwar si jembalang....
Catat Ulasan