Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 17 Mei 2011

Percutian Anwar ke luar negara dipertikai....

BEKAS Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd Nazmi Rosli mendakwa percutian Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ke Indonesia pada Isnin sebagai sesuatu yang pelik.

Katanya, ini berikutan Ketua Pembangkang itu bercuti bersama Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, bukan bersama isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail atau keluarganya.


Katanya, beliau difahamkan Anwar akan bercuti bersama Shamsul Iskandar dan Chegubard ke Jogjakarta, Indonesia hari ini bagi membantu beliau memujuk Chegubard supaya terus setia bersama parti.

“Apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa ketika berdepan pelbagai masalah peribadi dan kes mahkamah, Anwar boleh pergi bercuti ke luar negara bersama orang lain, tetapi tidak membawa isterinya atau ahli keluarganya.

“Kita amat bersimpati pada Kak Wan kerana dalam keadaan begini pun terpaksa terus bersandiwara dan berlakon kepada umum bagi melindungi tingkah laku suaminya,” katanya kepada Berita Harian, Isnin.

Sementara itu, Shamsul Iskandar ketika dihubungi mengesahkan beliau akan menemui Anwar di luar negara hari ini, tetapi menafikan pertemuan itu akan diadakan di Jakarta.

Beliau juga enggan mengesahkan sama ada pemergiannya itu atas urusan parti atau mempunyai kaitan dengan usaha Anwar untuk memujuk Chegubard supaya terus kekal di dalam parti.

“Siapa pula yang membuat cerita fitnah tu (memujuk Chegubard). Memang betul saya sekarang berada dalam kapal terbang untuk ke luar negara. Anwar akan menyusul esok (hari ini), tetapi bukan ke Jakarta. Saya juga tidak tahu sama ada Chegubard akan ikut serta atau tidak (dalam percutian),” katanya.
- BHOnline

SATU MELAYU:
Satu-satunya tokoh penggerak reformasi yang masih setia bersama Anwar.... Ketot pun ketotlah.....
Tak payajlah nak kesiankan Wan Azizah ditinggalkan oleh suaminya – Anwar Ibrahim, yang bergegas ke luar negara setelah mahkamah memutuskan dia dikehendaki membela diri dalam perbicaraan kes liwat II, Jun nanti.

Ramai yang tidak sedar bahawa kepada Wan Azizah, ketiadaan Anwar di dalam negara atau di rumah mereka lebih menggembirakannya. Wan Azizah lebih suka bersendirian.

Mengenai tujuan Anwar ke luar negara takkan kalian semua tak boleh faham? Dah berapa lama dia terperap kerana terpaksa berceramah membetulkan diri ke sana ke mari sementara menunggu keputusan kesnya?

Kalau diibaratkan sebagai penagih dadah, giannya telah sampai ke tahap meleleh air liur kerana tak dapat dadah.

Setelah semuanya selesai untuk sementara waktu, terbanglah dia ke luar negara kerana di luar negara dia lebih bebas dan tidak ada Datuk Eskay untuk mendedahkan segala yang akan dilakukan.

Si Ketot tu sengaja dijadikan alasan untuk membawanya bercuti ke luar negara kerana jasa-jasanya membela Anwar baru-baru ini dalam isu sumpah laknat Datuk Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Tidak mustahil juga, perbincangan antara Anwar-Si Ketot di luar negara lebih menjurus kepada mengatur strategi bagaimana mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran dan kalau boleh menimbulkan pelbagai huru-hara kerana membela Anwar.

Siapa lagi yang Anwar boleh harapkan selain si ketot tu? Yang hebat-hebat semuanya dah cabut, hanya si ketot sahaja yang ada. Tiada rotan, akar pun berguna.

Sama-sama kita nantikan apa tindakan si ketot setelah dia balik dari bercuti!



2 ulasan:

lipan bara berkata...

Bye..bye..semua..

Lepas ni dia tak akan keluar negara lagi..

sebab....

Dia tidak akan balik ke Malaysia lagi..

Tunggu...

Pak Sulung berkata...

Salam sejahtera,
Lipan bata,
Kalau benar sebagai yg anda kata baru padan dengan muka pemimpin Melayu puak pembangkang yg selama ini bergantung hidup politiknya kepada si jembalang tu!

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog