Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 22 April 2011

Gerakan "1Melayu, 1Bumi" Tidak Baik Untuk Negara - Tun Dr Mahathir

TUN Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Perkasa mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada 'Perhimpunan Melayu' yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.

1Melayu, 1Bumi Pendapat Peribadi Utusan Malaysia Bukan Kerajaan - Najib

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia merupakan pendapat peribadi penulis akhbar berkenaan dan bukan pandangan kerajaan.

"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita.

"Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di Serdang, Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit dua hari lepas, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Ditanya saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar DAP bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Najib berkata: "Itu pembangkang (punya hal)...saya tidak mahu komen tetapi saya tidak nampak macam mana SNAP boleh terima DAP kerana ideologi mereka berbeza".

Dua hari lepas, Kit Siang mencadangkan DAP dan SNAP bergabung pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha memberi khimat yang lebih baik kepada masyarakat Iban-Dayak.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pihak agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri berkata; "Saya telah memberikan komen saya...beri saya masa".

Mengenai rasa tidak puas hati orang ramai berhubung web portal E-mel 1Malaysia, Najib berkata memandangkan projek itu dibangunkan pihak swasta, biarlah pihak berkenaan yang menjelaskannya.

"Biarlah mereka yang membuat penjelasan...ia adalah cadangan mereka. Ia adalah inisiatif sektor swasta dan tidak melibatkan wang rakyat. Biarlah mereka ambil inisiatif untuk menjelaskannya (kepada rakyat)".
- Bernama

SATU MELAYU:
Betul kata Tun Dr. M tu. Negara akan jadi huru-hara kerana persaingan dua kaum terbesar di negara ini akan lebih terbuka. Ketegangan pasti berlaku dan pihak musuh negara dengan mudah menyusup untuk  menghasut dan mengapi-apikan isu perkauman yang akhirnya akan mencetuskan tragedi yang tidak diingini.

Negara bangsa yang dibina lebih lima puluh tahun akan runtuh sekelip mata dan amat sukar untuk dipulihkan.

Bagaimanapun, blog SATU MELAYU akan terus beroperasi, InsyaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog