Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 20 April 2011

‘Tak dapat tanduk telinga dipulas’. Tak sangka UUM pun jadi musuh politik PAS Kedah....

KISAH kenaikan cukai tanah UUM di Jitra, Kedah patut dijadikan iktibar bagaimana Kerajaan negeri Kedah yang dikuasai Pas menjadikan Univeriti Utama Malaysia sebagai musuh politik apabila tetap bertegas tidak mahu memberi rebet sebagaimana yang pernah diberikan negeri itu semasa ianya di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Sebagaimana dijelaskan Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, pihak universiti telah lima kali mengemukakan rayuan supaya cukai tanah universiti itu dikurangkan selepas tempoh rebat tamat, dalam tempoh dua tahun lepas, namun tidak pernah dilayan oleh Kerajaan Pas Kedah.

 “UUM telah merayu melalui surat yang dihantar kepada Pengarah Tanah dan Galian Kedah pada 29 April 2009 dan sekali lagi rayuan dihantar terus kepada Menteri Besar Kedah pada 10 Jun 2009, tetapi dukacita rayuan tersebut tidak dilayan.

“UUM sekali lagi mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan juga kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu pada 19 September 2010 dan 22 Disember 2010, namun rayuan UUM masih tidak dilayan,” katanya.

Naib Canselor UUM
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Selasa bahawa kerajaan negeri bersedia menimbang permohonan untuk mengurangkan cukai tanah UUM yang bernilai RM1.74 juta setahun jika universiti itu sekali lagi memohon agar rebat cukai itu diteruskan.

Azizan berkata, kerajaan negeri juga memberi kelonggaran kepada UUM untuk membayar cukai itu secara ansuran agar ia tidak membebankan universiti itu.

Mohamed Mustafa berkata, beliau sendiri pernah bertemu dengan Azizan di pejabatnya pada 25 Julai 2010 untuk merayu supaya kerajaan negeri memberi pertimbangan itu, namun masih gagal.

“UUM terpaksa mengeluarkan peruntukan besar bagi membayar cukai tanah apabila kerajaan negeri sekarang tidak mempertimbangkan permohonan rayuan mengurangkan cukai tanah itu,” jelasnya.

Menurutnya, UUM hanya membayar RM100,000 di bawah kerajaan negeri sebelum ini bermula 2006 hingga 2008, tetapi mulai 2009 universiti itu terpaksa membayar sehingga RM1,744,357 untuk bayaran cukai tanah.

Katanya, UUM bukan sebuah agensi yang mementingkan keuntungan dan ia juga memperuntukkan bajet yang besar daripada peruntukan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara.

“Perbelanjaan ini sudah tentu memberi limpahan ekonomi kepada Kedah. Sepatutnya Kerajaan Pas Kedah menghargai usaha ini dan membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung UUM melalui pengurangan cukai tanah yang boleh disalurkan kepada aktiviti penyelidikan dan penerbitan universiti ini,” jelasnya.

Begitulah kisah sedih yang menimpa sebuah universiti yang kebanyakan mahasiswanya adalah umat Melayu Islam.

Takkan apa yang dikatakan Naib Canselor tu bohong?

.... pun kaki kelentong jugak?
 Yang jelas MB Kedah yang bertaraf ustaz tu yang cakapnya berputar dan berbelit macam ular sawa. Nampak macam ikhlas tetapi hakikatnya kerajaan Pas Kedah berdendam atau bersikap ‘tak dapat tanduk telinga dipulas’ terhadap UUM kerana universiti itu ditubuh dan diselenggara oleh kerajaan pusat – Kerajaan Barisan Nasional.

Bukan main ‘Islamik’ lagi kepimpinan Pas negeri yang jenama parti politiknya ‘Parti Islam SeMalaysia’. Kalau bukan kerana dendam politik, untuk apa kerajaan Pas Kedah bertindak sedemikian?

Rakyat mungkin tak hairan kalau Pas memusuhi BN dan barisan kepimpinannya. Tapi kalau universiti yang jadi tempat anak-anak bangsa menuntut ilmu pun dimusuhi kerana bencikan kerajaan BN, nampak sangat politiking Pas itu bertaraf ‘Haram Jadah’.

Bercakap dan berlagak seolah-olah merekalah yang paling betul Islamnya, tapi segala kerja lakunya tak jauh beza dengan Anwar Ibrahim. Patutlah Pas bersetuju sangat dengan kepimpinan Anwar walaupun jelas di mata rakyat parti itu ‘kena main’ dan jadi ‘Pak hangguk’ sahaja.

Apakah peristiwa ini juga ada kaitannya dengan ‘solat hajat’ yang sering dilakukan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas yang sering meminta Allah SWT menunjukkan ‘kebenaran’? Dan kini Allah SWT telah menunjukkan kebenaran atas sikap politik Pas yang tidak Islamik?

Main lagi ‘solat hajat’! Ada masalah saja solat hajat. Tak cukup di masjid, buat pulak di stadium kerana nak tunjukkan betapa ramainya mereka yang memohon kerahmatan Allah dalam memohon ‘kebenaran’. Akhirnya, solat hajat itu jadi satu acara ‘riak’ dan ‘menunjuk-nunjuk’, konon mereka sahaja yang rapat dengan Allah SWT dan orang lain semuanya jahil dan musuh Allah.

Padan muka, bersambut dengan rupa....

1 ulasan:

Unknown berkata...

inilah yang dinakam 'ulamak tropoh kayau' penuh dengan kefasikan dan dendam kesumat.......

antijumud

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog