Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 20 April 2011

KES VIDEO SEKS: ‘Kami tidak takut didakwa’, malah 'sumpah laknat' depan Kaabah pun kami sanggup....

TRIO ‘Datuk T’ pada Selasa mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

“Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

“Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.
- Utusan

SATU MELAYU:
‘Antara takut didakwa di mahkamah’ dengan ‘takut rahsia peribadi terdedah kepada umum’, agak-agaknya yang mana paling takut?

Atau antara Trio Datuk T dengan Anwar Ibrahim, siapa yang mengelabah jika kes itu dibicarakan di mahkamah?

Begitu jugalah dengan perbezaan antara ‘yang mendedah’ dengan ‘yang menafi’. Yang mendedah steady jerrr.... sementara yang menafi gelabah tak keruan. Macam cacing kepanasan.

2 ulasan:

nikko21 berkata...

Gua nak tengok apa akan terjadi pada seluruh penyokong2 nuar,termasuk bini,anak2 dia dan kesemua ahli family dia akan reaksi mereka pabila si nuar didapati bersalah dlm video seks ini. Tu belum lagi kes saiful, gua tak tahan nak tengok woi, ini cerita sejarah negara. Sombomg dan angkuh sungguh manusia ni

Pak Sulung berkata...

Salam sejahtera nikko21,
Bukan anda sahaja yg tak sabar tunggu, teman pun sama juga.
Malahan seluruh rakyat Malaysia yang waras otaknya juga tak sabar-sabar menantikan Trio Datuk T didakwa di mahkamah.

Dan yang lebih dinanti-nantikan ialah apa kata atau penjelasan Datuk Eskay yg bersama si polan ke tempat di mana video itu dirakamkan.
Tungggguuuuu!

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog