Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 21 April 2011

KES VIDEO SEKS: Kertas Siasatan Akan Diserah Semula Kepada Pejabat Peguam Negara - KPN

POLIS akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, ini kerana kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan.

"Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa, kertas siasatan yang telah lengkap itu akan diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam selepas membuat lawatan di sekitar kawasan Kubang Semang di sini, Rabu.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.

 Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Kelmarin Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Trio Datuk T itu mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks berkenaan.

Katanya, siasatan kes itu adalah menjurus kepada Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Bagaimanapun, akhbar-akhbar tempatan hari ini memetik kenyataan trio terbabit sebagai berkata mereka tidak gentar malah sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk tindakan undang-undang kerana penayangan video seks itu.
- mStar

SATU MELAYU:
Bukan senang nak berdepan dengan bewak sekor ni. Dia ada banyak helah dan ada ramai penasihat yang membantunya.

Kalau dia berjaya jadi PM, puak-puak itulah yang akan memerintah. Dia hanya akan jadi pak turut kerana telah termakan budi dan sentiasa dibayangi kesalahan yang ada ditangan kuasa asing.

Sewajarnyalah pihak Peguam Negara memerlukan siasatan yang mantap tanpa ada ruang untuk si polan berdalih berdasarkan pengalaman dengan kes-kes lain yang dibicarakan di mahkamah.

1 ulasan:

nikko21 berkata...

konfom dah sah aljuburi ni, kerat jari gua kalau silap ....hei hei hei , apakan tidak:: sumpah mubahalah, tak mau, minta DNA tak mau, dalam video dia kata perut orang tu boroi, hei lu punya perut tak boroi kah hei hei , pas tu jam omega ada simpan kat bibni -- hei jam untuk di pakai bukan bagi bini simpan -- apa la lu, nak kelentong budak2 boleh la, pas tu bila tanya marah marah, pee dah ,september 16 mana mana ? habis executives dia kena kelentong, yg bijak, exit cepat yg bongok sokong lah dia sampai tua.. bangang betol you all and call yrself politician, shame on you , tak ada class beb, think hard bro, you are being coned

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog