Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 4 Julai 2011

23 Aktivis PSM Dihadapkan Ke Mahkamah. Setiap orang diikat jamin RM4,000

SERAMAI 23 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Isnin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini bagi menghadapi pertuduhan berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Aktivis berkenaan ialah R. Nalayani, 64, A. Shanmugam, 57, M. Ravindran, 20, G. Velaitham, 54, M. Sivoosamy, 56, S. Ramasamy, 35, Chan Mooi, 55, K. Kamaladevi, 57, Cheang Sew Yin, 60, K. Deeba, 22, K. Thanushia, 21, G. Packialetchumy, 40, R. Saroza, 51, M. Santhanadevi, 30, N.P. Indra, 54, P. Jody, 52, , M. Kavitha, 35, K. Gana Santhanam, 45, , J. Reveen Veerasenan, 18, Ipoh, dan S. Thivya Kumar, 18, kesemuanya dari Perak, M. Aroklam, 62, dari Perlis dan Soh Sook Hwa, 29, dari Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan fotokopi risalah haram berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini pada 2 petang.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri [Akta 82] 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bas bernombor pendaftaran NAW 6617 di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memohon mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin kepada setiap tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Namun selepas rayuan oleh peguam Datuk C.V. Prabakaran, yang mengetuai tujuh peguam yang mewakili kesemua tertuduh, Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Ikmal Hishan juga menetapkan 21 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
- Bernama


SATU MELAYU:
Tak ada penyakit cari penyakit. Elok duduk aman damai, tak pasai-pasai cari penyakit. Tak tahu hujung pangkal dok sokong puak pengkkhianat negara kerana sedikit habuan. Ambik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog