Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 5 Julai 2011

KANTOI: Bersih pindah demo jalanan ke stadium

PENGERUSI Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ambiga akhirnya akur dengan saranan kerajaan untuk membatalkan perhimpunan haram jalanan yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun beliau menerima tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan di dalam stadium.

"Sekarang kita ambil keputusan untuk tidak mengadakan demonstrasi di jalanan, tapi ubah ke stadium...stadium mana kita akan bincang dengan kerajaan," katanya ketika ditemui di Istana Negara, Kuala Lumpur, Selasa.

Beliau dilihat memasuki di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin kira-kira pukul 1.55 petang.

Turut serta bersamanya ialah, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

Ambiga keluar pada pukul 3.20 petang.

Dalam pada itu Ambiga berkata, beliau menjunjung titah Seri Paduka berhubung saranan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Bersih melalui perbincangan.

"Saya gembira kerana dapat menghadap Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah satu pertemuan yang membuahkan hasil" katanya.

Ahad lalu, Istana Negara mengeluarkan titah khas yang menasihatkan rakyat mengelakkan kemusnahan negara dengan menyelesaikan satiap permasalahan melalui rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Seri Paduka bertitah rakyat Malaysia tidak boleh terikut-terikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankansemua pihak.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Konon perhimpunan dan perarakan Bersih 2.0 yang melalui tengah Bandaraya Kuala Lumpur itu bertujuan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tapi bila dah tak dapat sokongan kerana penyokong yang dijannikan takut untuk hadirkan diri, jumpa pulak Yang di-Pertuan Agong untuk penentuan acara demo yang dirancangkan.

Kenapa memo itu tidak diserahkan sahaja ketika mengadap Baginda tengahari tadi dan apa perlunya demo diteruskan di stadium pulak? Nak tutup malu kerana gagal menepati matlamat menghuru-harakan negara, maka buatlah di tempat yang dicadangkan kerajaan atau PM, DS Najib.....

Ini kira kes kantoi ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog