Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 7 Julai 2011

PEMBUNUHAN BANTING: Erni Dekritawati Gugup dan Cemas Ketika Beri Keterangan


ERNI Dekritawati Yuliana Buhari (tengah) anak perempuan kepada jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya menjadi saksi pertama dalam kes bicara pembunuhan Datuk Sosilawati di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, hari ini.
ANAK sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari mengakui dirinya gugup dan cemas ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik itu dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Erni Dekritawati Buhari, 26, berkata keadaan itu menyebabkan dirinya lupa dan tidak boleh berfikir dengan sempurna ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

Saksi itu yang lebih dikenali sebagai Rita turut ditegur Hakim Datuk Akhtar Tahir: "Cuba ingat betul-betul, sebab tak pasti tak jadi jawapan. Hak awak nak jawab tapi kalau asyik tak pasti, tak sama dengan tidak ingat atau tak tahu."

Keadaan itu menyebabkan mahkamah memberhentikan prosiding selama 10 minit bagi membolehkan Rita menenangkan fikiran.

Ketika disoal semula Timbalan Pendakwa Raya Iskak Mohd Yusoff mengapa banyak jawapan "tidak ingat" dan "tidak pasti", Rita menjawab: "Saya terlalu gugup, tidak boleh berfikir, banyak benda saya tak ingat sebab kejadian berlaku dah lama."

Rita memberi keterangan pada perbicaraan kes N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R.Matan dan R.Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili tertuduh ketiga Matan, bagaimana beliau mengenali Kamal (nama panggilan Kamaruddin), Rita menjelaskan beliau mengenali individu itu sebelum pergi ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran.

"Pada tahun 2008, saya jumpa Kamal di konsert ketika dia mendapatkan tiket untuk saya dan emak, di luar stadium," katanya.

Terdahulu, Rita mengakui bahawa beliau tidak mengetahui bahawa syarikat yang diusahakan oleh ibunya mempunyai hutang jangka masa panjang dengan pihak bank sebanyak RM10 juta.

Saksi ke-15 pendakwaan itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui Syarikat Novelles Beauty Centre Sdn Bhd itu mempunyai beban kewangan semasa berjumlah RM2.4 juta.

Beliau juga tidak mengetahui syarikat berkenaan mempunyai rizab simpanan berjumlah RM1.9 juta.

Bagaimanapun, Rita yang berkelulusan Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Nottingham Trent menafikan cadangan peguam Manjeet Singh Dillon yang mewakili Pathmanabhan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang itu.

Rita berkata kali terakhir beliau memeriksa akaun syarikat itu ialah beberapa bulan lepas tetapi tidak mengingati tarikh sebenar.

Walaupun berada di luar negara, Rita berkata tetapi ibunya masih tetap memaklumkannya mengenai urusan perniagaan dan pelaburan termasuk urusan pembelian tanah di Pulau Pinang yang dikatakan berjumlah RM1.2 juta tetapi beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai perkara itu.
- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog