Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 3 Julai 2011

Biarkan negara diisytihar ‘Dharurat’. Banyak masalah boleh selesai....

SEMASA menikmati sarapan pagi di sebuah restoran pagi ini, teman bertemu dengan seorang sahabat lama yang lama dah tak jumpa. Beliau bekas seorang ADUN dan pengamal undang-undang. Loyar lerr...

Biasalah, setelah saling bertanya khabar diri dan keluarga serta cucu, perbualan kami tidak mampu lari daripada membicarakan soal politik negara masa kini, khususnya mengenai perhimpunan Bersih dan anti-Bersih yang menghangatkan senario politik dan ketenteraman negara.

“Apa hal Bersih yang deme nak buat di KL pada 9 Julai ni?” tanya teman membuka persoalan.
“Berarak, bawa sepanduk, menyanyi dan mengeluarkan kata-kata mengecam kerajaan. Macam biasa. Dah ketua deme pakar dengan kerja macam tu, apa lagi yang deme boleh buat.... Tunjuk perasaan aje lerr..” jawab bekas YB itu selamba.

“Maksud teman Datuk, apa perlunya perarakan itu dan benarkah unsur-unsur kebangkitan komunis telah meresapi gerakan itu?”
“Komunis tak komunis teman tak berani nak ulas. Biar polis yang buktikan. Tapi, yang pasti pihak pembangkang dah kecut dengan perkembangan politik tanah air di bawah pimpinan DS Najib. Di tambah pulak dengan pelbagai pendedahan isu moral serta kes mahkamah Anwar Ibrahim yang semakin menjauhkan rakyat daripada puak pembangkang, maka sedikit kekacauan perlu dicetuskan bagi mengabui mata rakyat.”

 “Takdirnya pembangkang kalah pada PRU-13, mereka akan mendakwa pilihan raya itu tidak bersih. Sebelum deme kalah, deme dah pintas dengan tuduhan bahawa SPR tak bersih dan memihak kepada BN.” Jelasnya.

“Tapi apa yang terjadi sekarang lain macam jerrr.... macam nak gaduh sesama Melayu nampaknya. Yang pro dan anti Bersih tu semuanya Melayu. Melayu PAS dan PKR serta NGO Melayu. Takkan 9 Julai ni berlaku Tragedi pertempuran sesama Melayu? Dan bantahan terhadap Bersih ni berlaku di seluruh negara,” tanya teman lagi.

“Biar lerr merebak ke seluruh negara. Nanti negara jadi huru-hara sikit dan akhirnya Yang di Pertuan Agong terpaksa istiharkan ‘Dharurat’. Semua masalah akan selesai....” jawabnya serius.

“Apa maksud YB (walaupun bekas YB, kekadang teman masih panggil dia YB).”
“Bila negara diisytihar dharurat, pemerintahan negara akan berada di bawah kuasa Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN. Macam selepas 13 Mei dulu. Ketika itu Parlimen dan DUN tidak berfungsi. Negara akan ditadbir oleh Pengerusi MAGERAN yang dilantik oleh Agong berserta jawatankuasanya. Banyak masalah akan dapat di selesaikan di bawah pemerintahan dharurat.”

“Apa maksud banyak masalah boleh selesai, YB?”
“Yalah! Kalau negara diperintah di bawah Undang-undang Dharurat, semua tindakan pencegahan akan tertakluk di bawah Undang-undang Dharurat-lah. Ketika itu semua masalah seperti pengkhianat negara, puak chauvanis kaum imigran, gerakan bawah tanah seperti komunis, kongsi gelap, penyangak subsidi, masalah rumah maksiat yang berleluasa kini, masalah pendatang haram, masalah penyeludup dadah dari luar yang jadikan negara ini sebagai pasaran utama dadah, akan dapat dihukum mengikut Undfang-undang Dharurat.”

“Itulah yang teman maksudkan mudah dan banyak masalah boleh selesai. Segala hukuman boleh dijatuhkan tanpa dakwa dakwi di bawah Akta Dharurat,” tambahnya.

Teman terdiam dan tak tahu nak kata apa. Terkejut dan tak sangka begitu penjelasannya mengenai kekacauan yang bakal berlaku jika Bersih 2 diteruskan nanti. Tersasar dari sangkaan.

“Tapi tidakkah itu akan merencatkan pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan persepsi dunia luar terhadap Malaysia. Pendek kata imej negara akan terjejas?”

“Terencat sedikit tak apa, bukannya lama pun. Lima tahun cukup lerr untuk bersihkan semua anai-anai, serangga perosak dan macam-macam ulat yang kini semakin keras kepala kerana menyangka orang Melayu telah lemah sebab berpecah kerana PKR, PAS dan Anwar Ibrahim,” jelasnya.

“Lima tahun! lama tu!”
“Tak lama. Lepas tu kita bangunkan semula negara dengan lebih rancak setelah segala pembersihan berjaya dilakukan. Negara kita jadi maju dan membangun dengan pesat kini pun adalah setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 69. Kalau tak ada MAGERAN dulu, ingat orang Melayu boleh dapat segala kemudahan dan hak seperti yang ada sekarang?”

“Masalah orang Melayu kini ialah ‘tidak bersyukur’ dan tidak kenal erti berterima kasih kepada kerajaan Umno/BN yang selama ini berusaha keras membangun dan memantapkan ekonomi orang Melayu. Mereka ingat apa yang mereka ada sekarang semuanya hak dan datang begitu saja tanpa usaha kerajaan.

“Siapa yang bawa pelabur asing datang ke negara ini hinggakan rakyat boleh dapat kerja dengan selesa mengikut kemampuan dan kepintaran masing-masing. Tidak terfikirkah orang Melayu bagaimana sedara kita di Indonesia sanggup bergalang nyawa untuk datang ke negara ini kerana mencari rezeki? Bukan sahaja warga Indon, warga Pakistan, Burma, Vietnam, India, Thailand dan banyak lagilah. Dari China pun ramai,” tambahnya.

“Pekerja dari China mana ada YB,” kata teman mencelah.
“Itu yang hari-hari kena tangkap kerana jadi GRO, Tuang Urut, Pelacur tu bukan warga China? Yang Anwar dok balon bagai nak ghak tu bukan warga China ker?” jawabnya sambil kami ketawa serentak.

“Kalau banyak kilang tutup dan pelabur lari meninggalkan negara ni, susahlah anak-anak kita nak cari kerja.”
“Ini pun satu masalah yang sewajarnya mendapat pengajaran dan pembersihan. Orang Melayu – anak-anak Melayu, yang diberi peluang oleh kerajaan belajar ke peringkat tinggi dengan pelbagai kemudahan dan bantuan, tak pernah tahu berterima kasih.

“Mereka termasuklah mak bapak deme ingat peluang itu adalah hak dan kerana anak deme pandai sangat. Deme lupa 90% bukannya kerana pandai belajar tetapi kerana mereka itu anak Melayu. Kalau ikutkan kelulusan, kelulusan pembuat roti dan pembancuh air di kedai-kedai mamak yang didatangkan dari India tu jauh lebih tinggi kelulusan akaemiknya berbanding anak Melayu yang ada di IPTA/IPTS,” jelas sahabat teman tu dengan serius.

Tambahnya lagi. “Dapat bantuan PTPTN bukannya deme buat belanja untuk belajar tapi untuk berseronok dan beli handphone mahal-mahal. Mereka lupa duit tu duit pinjam. Macam kena lotri. Entah apa perlunya deme guna h/phone mahal pun teman tak faham. Akhirnya duit PTPTN habis untuk topup dan berseronok, pelajaran entah ke mana. Bila tak dapat PTPTN kerana tak lulus dengan baik, marahkan kerajaan, salahkan menteri salahkan Umno/BN.”

“Oh! Begitu kisahnya,” kata teman yang tidak menyangka begitu cerita yang dapat didengar pagi ini.

Ada banyak lagi yang disyarahkan oleh seorang Datuk bekas YB itu mengenai sikap bangsa Melayu yang mencemaskan kalau difikir-fikirkan.

Cukuplah sekadar ini sahaja yang dapat SM catatkan untuk dikongsi bersama.
- SM

1 ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog